Sabtu, 31 Januari 2009

Antara LELAKI dan WANITA



Kebanyakan LELAKI membaca lebih lama drp WANITA, tetapi wanita membaca 2x ganda lbh byk membaca drp lelaki!


Lebih dr 2x ganda WANITA hidup sendiri berbanding LELAKI setelah berusia 65 tahun.


Kira2 48% LELAKI berdengkur ketika tidur, dan WANITA pula hanya 22% sahaja.


Kebanyakan WANITA mengambil masa kira2 153 saat berada di bilik air, dan LELAKI pula hanya 113 saat sahaja.


Hubungan keluarga yg baik meninggikan kualiti hidup : 62% WANITA, 49% LELAKI.


Secara umum hidung LELAKI lbh besar drp WANITA. Sementara itu kebanyakan WANITA pula mempunyai bibir lebih besar berbanding LELAKI.


Tahap pendengaran LELAKI menurun ketika berusia 32 tahun dan WANITA pula di usia 37 tahun.


Lebih dr 55% WANITA memeriksakan giginya secara rutin berbanding 40% LELAKI.


Jumaat, 30 Januari 2009

ASTROLOGI CINA

Sempena tahun baru cina nie, jom kita kongsi sdkt astrologi cina tntg tahun kelahiran..sekadar berkongsi shj, nk percaya @pn tak, terpulang pd hati dn fkrn msg2... Okaaayyyyyy...............


Tahun Anjing

(1922, 1934, 1946, 1958, 1970, 1982, 1994, 2006)

*sifat positif-mempunyai hubungan yg rapat dgn masyarakat sekeliling. kamu seorg yg setia, jujur dan menjadi sumber inspirasi kpd org lain. Kamu jg blh dipercayai apbla diserahkan amanh dn jg bijak menyimpan rahsia. Dari segi kewangan, mmg kamu tdk pernah mewah ttpi tdk pula putus belanja.
*sifat negatif- kamu degil, mementingkan diri sendiri dan terlalu mementingkan kesempurnaan. Awas!! kamu memang laser orgnya, skali kmu mberi komen @ kritikan pasti akn mbt org lain kcl ati!

Tahun Tikus
(1924, 1936, 1948, 1960, 1972, 1984, 1996, 2008)

*trknl dgn sifat penggoda. Daya imaginasi kamu tinggi,baik hati dan mmpunyai gaya yg menawan. Tetapi awas! kamu mudah marah dan kadg-kala apbl diminta mengkritik, Over la pulak. Kamu amt berkira soal kewangan dan sekiranya mmpunyai peluang mengenai sstu yg bagus, pst kamu tdk akan melepaskannya. Memang kamu bijak mengambil kesempatan. Wah! kamu mmg suka bergosip!

Tahun Lembu
(1925, 1937, 1949, 1961, 1973, 1985, 1997, 2009)

*kamu mmg penyabar orgnya dan selalu mjdi inspirasi kpd teman2 krna keyakinan kamu dlm hidup. Namun biarpun pnyabar, kesabaran jg ada hadnya krna kamu mudah marah sekiranya sstu perkara tdk mengikut selera kamu. Namun kdg2 kelakuan kamu aneh & menimbulkan tanda-tanya pula kpd org sekeliling. Dari segi mengikut peraturan, kamu mmg konservatif. Jangan tdk tahu, penaung tahun lembu mmg bijak mbuat kerja yg mgunakan kemahiran jari & tangan.

Tahun Harimau
(1926, 1938, 1950,1962,1974, 1986, 1998, 2010)

*sensitifnya si harimau, emosional & jg mpunyai jiwa yg penuh dgn ksh syg. Tetapi kamu mmg degil & selalu ingin melakukan sesuatu mengikut cara kamu. Biarpun nmpk garang, namun marah kamu sekejap shj. Kamu lemah dr segi membuat keputusan @ pilihan. Mmg kamu sukar utk memilih @ memutuskan sstu keputusan shgga menimbulkan masalah kemudian hari.

Tahun Arnab
(1927, 1939, 1951, 1963, 1975, 1987, 1999, 2011)

*kamu bercita2 tinggi,baik & mpunyai sifat lemah-lembut yg lazimnya mjdkan org sekeliling senang dgn kehadiran kamu..Namun kdg-kala kamu mjd terlalu sentimental shgga merimaskan org lain. Dlm soal kehidupan, kamu mmg berhati2 dan agk konservatif. Sikap bijak meramal & suka bermain dgn nombor menjadikan kamu berjaya sbg ahli perniagaan.

Tahun Naga
(1916, 1928, 1940, 1952, 1964, 1976, 1988, 2000)

*bertenaga! itulah yg blh digmbrkan tntg kamu yg bernaung di bwh tahun naga. Sft semulajadi si naga yg mmg selalu nmppk berazam & sering berkeyakinan mengenai dirinya mjdkan si penaungnya popular di klgn teman2. Kamu mmg dikurniakan dgn bakat smlajd, bijak & sukakan kesempurnaan. Kdg-kala sft degil & bermulut celupar blh mbawa mslh kpd kamu.

Tahun Ular
(1917, 1929, 1941, 1953, 1965,1977, 1989, 2001)

*kamu pendiam & hanya bercakap apbla perlu. Mementingkan diri sendiri & kedekut namun apbla berhdpn dgn teman @ ahli keluarga yg memerlukan bantuan, kamu akn membantu dgn sepenuh hati. Hidup kamu berlandaskan falsafah, mpunyai daya penarik & romantis. Org sekeliling senang dgn kamu krna kamu bijak berjenaka & sering mpunyai pandangan mengenai kehidupan yg mberi inspirasi thdp org lain.

Tahun Kuda
(1918, 1930, 1942, 1954, 1966, 1978, 1990, 2002, 2014)

* kamu mmg ceria & popular di sekolah/kolej/tmpt kerja. Kapasiti utk bekerja kuat mmg mengagumkan, malahan kamu berdikari & blh melakukan tugas sukar seorg diri. Selain drp bijak & peramah, kamu ttp mpunyai skp mementingkan diri & egoistik. Ini kerana kamu terlalu yakin dgn kemampuan diri & tdk menghargai bantuan org lain.

Tahun Kambing
(1919, 1931, 1943, 1955, 1967, 1979, 1991, 2003, 2015)

* Penaung tahun kambing selalu dikaitkan dgn kebijaksanaan & seni. Mrka lazimnya pemalu, pesimistik & kdg-kala kabur mengenai keputusan masa depan. Terkenal dgn gaya elegan, mpunyai citarasa seni yg baik namun selalu mjd org pertama utk mengkritik org lain. Kamu mmg suka mengkritik & sentiasa nmpk kesilapan org lain. Tolong buang skp materialistik kamu!

Tahun Monyet
(1920, 1932, 1944, 1956, 1968, 1980, 1992, 2004, 2016)

* mereka dipanggil si genius. Ini krna si penaung thn monyet mmg inovatif & sering mahu tampil dgn imej sendiri. Juga blh membantu menyelesaikan masalah biarpun berada dlm keadaan tertekan. Kebijaksanaan kamu mmg tdk blh disangkal lagi & bijak bergaul dgn org lain. Kamu mmg popular di klgn teman2. Namun kamu harus buang skp suka mengambil kesempatan & tdk blh dipercayai itu...

Tahun Ayam
(1921, 1933, 1945, 1957, 1969, 1981, 1993, 2005, 2017)

* kamu mmg seorang pemikir kritis & begitu berbakat dlm bidang yg kamu ceburi. Kamu sukakan kesibukan & kurang gemar membuang masa. Sekiranya kamu sdg melakukan sstu, lazimnya kamu akn melaksanakanya shgga selesai & penuh komitmen. Kdg-kala kamu dikatakan mpunyai kelakuan aneh mgkn krna kamu gemar berfikir. Kurangkan berangan & jgn terlalu ekstrem dgn keupayaan diri kamu.

Tahun Khinzir
(1923, 1935, 1947, 1959, 1971, 1983, 1995, 2007, 2019)

* apabila mrka melakukan sesuatu, si penaung tahun khinzir akn melakukannya dgn sepenuh hati. Sikap jujur, setia & toleransi terhdp org sekeliling mjdkan kamu begitu disayangi. Namun biarpun disyangi ramai org, kamu mmg tdk mpunyai ramai kawan, namun apbla berkawan rapat mrka akn kekal begitu shgga akhir hayat. Kamu jg berupaya menyelesaikan tugasan rumit & berbakat di dlm bidang yg kamu ceburi.

Rabu, 28 Januari 2009

HatiMu untuk Siapa?



Hatimu utk siapa?
adakah msh tersimpan utuh
@ tlh bpindah ke lain jiwa?
adakh ianya bersih dr sebarang gelodak kecewa, kekacauan, kecelaruan??
hanya engkau yg tahu...
tanyakan hatimu..
tenangkah ia kini?
@ sedang berkecamuk dgn pelbagai rasa?

Isnin, 26 Januari 2009

Kerana Dirimu Begitu Berharga

Wahai Wanita,
Anda dalah perhiasan. Dunia ini menjadi indah kerana adanya anda bernama wanita. Tanpa anda dunia pasti diselubungi sugul, dipenuhi dgn kekejaman dan perbuatan 'sampai hati'.

Wahai Wanita,
Anda ibarat rama-rama yang mengindahkan lagi alam. Anda telah menyempurnakan keindahan bunga. Sempurnalah keindahan apabila bunga dikitari sang rama-rama. Tamsilkanlah diri anda sebagaimana rama-rama. Keindahan anda mudah terlerai sebagaimana mudahnya rama-rama terlerai drp keindahannya apabila ia disentuh.

Wahai Wanita,
Sayap anda yg indah itu pasti luntur sedikit demi sedikit, melekat di jari lelaki tatkala dia menyentuh anda, sbgmana sayap rama-rama berpindah coraknya ke jari anda tatkala anda menyentuh serangga kecil itu. Apakah anda tdk berasa rugi? Apakah anda tdk berasa apa-apa yg hilang??

Wahai Wanita,

Jika anda seorang wanita sejati, anda patut berasa rugi sebab ketahuilah, lelaki amat berbangga sekali apabila dia dapat meletakkan tangannya ke atas tubuh anda. sedangkan dia tahu dia tdk berhak berbuat begitu. Bezanya lelaki dgn wanita, lelaki tdk kehilangan apa2 biar berapa ramai wanita yg berada di sekelilingnya tetapi anda pasti rugi setiap kali ada tangan2 yg TDK BERHAK hinggap di tubuh anda...

Wahai Wanita,
Kasihilah diri anda dgn menjadikan diri anda berharga. Apalah ertinya digilai kalau yg menggilai hanya lelaki yg tdk tahu diri. Anda sama sekali tdk berharga biarpun tinggi nilainya di mata lelaki yg tahunya melihat anda sbg 'alat'. Tapi anda ibarat MUTIARA di puncak bukit di mata seorng lelaki yg jujur.

Wahai Wanita,

HARGA DIRI ANDA, ANDALAH YANG MENENTUKAN!!!!


Ahad, 25 Januari 2009

Seorang Wanita Bernama IBU

Kepada yang masih ada IBU...

Ketika ibu saya berkunjung, ibu mengajak saya… untuk shopping bersamanya kerana dia menginginkan sepasang baju kurung yg baru. Saya sebenarnya tidak suka pergi membeli belah bersama dengan orang lain, dan saya bukanlah orang yang sabar, tetapi walaupun demikian kami pergi juga ke pusat membeli belah tersebut.

Kami mengunjungi setiap butik yang menyediakan pakaian wanita, dan ibu saya mencuba sehelai demi sehelai pakaian dan mengembalikan semuanya. Seiring hari yang berlalu, saya mulai penat dan kelihatan jelas riak2 kecewa di wajah ibu. Akhirnya pada butik terakhir yang kami kunjungi, ibu saya mencuba satu baju kurung yang cantik.

Dan kerana ketidaksabaran saya, maka untuk kali ini saya ikut masuk dan berdiri bersama ibu saya dalam fitting room, saya melihat bagaimana ibu mencuba pakaian tersebut, dan dengan susah mencuba untuk mengenakannya. Ternyata tangan-tangannya sudah mulai dilumpuhkan oleh penyakit radang sendi dan sebab itu dia tidak dapat melakukannya,

Seketika ketidaksabaran saya digantikan oleh suatu rasa kasihan yang dalam kepadanya. Saya berbalik pergi dan cuba menyembunyikan air mata yang keluar tanpa saya sedari. Setelah saya mendapatkan ketenangan, saya kembali masuk ke fitting room untuk membantu ibu mengenakan pakaiannya. Pakaian ini begitu indah, dan ibu membelinya.

Shopping kami telah berakhir, tetapi kejadian tersebut terukir dan tidak dapat dilupakan dari ingatan. Sepanjang sisa hari itu, fikiran saya tetap saja kembali pada saat berada di dalam fitting room tersebut dan terbayang tangan ibu saya yang sedang berusaha mengenakan pakaiannya. Kedua tangan yang penuh dengan kasih, yang pernah menyuapi, memandikan saya, memakaikan baju, membelai dan memeluk saya, dan terlebih dari semuanya, berdoa untuk saya, sekarang tangan itu telah menyentuh hati saya dengan cara yang paling berbekas dalam hati saya.

Kemudian pada malam harinya saya pergi ke kamar ibu saya mengambil tangannya, lantas menciumnya ... dan yang membuatnya terkejut, saya memberitahunya bahwa bagi saya kedua tangan tersebut adalah tangan yang paling indah di dunia ini. Saya sangat bersyukur bahwa Tuhan telah membuat saya dapat melihat dengan sejelasnya, betapa bernilai dan berrharganya kasih sayang yang penuh pengorbanan dari seorang ibu.

Saya hanya dapat berdoa bahwa suatu hari kelak tangan saya dan hati saya akan memiliki keindahannya tersendiri. Dunia ini memiliki banyak keajaiban, segala ciptaan Tuhan yang begitu agung, tetapi tak satu pun yang dapat menandingi keindahan tangan Ibu...

With Love to All Mother 'JIKA KAMU MENCINTAI IBUMU, KIRIMLAH CERITA INI KEPADA ORANG LAIN, AGAR SELURUH ORANG DI DUNIA INI DAPAT MENCINTAI DAN MENYAYANGI IBUNYA'.

:: Berbahagialah yang masih memiliki Ibu. aku menemukan cerita ini dr sebuah blog indah..katanya ia adalah karya seorang sahabat...bagiku, mgkn bkn sekadar karya tp cebisan dr kisah hidup empunya karya.

:: Terfikir sejenak, beruntung masih punya Ibu, msh ada yg peduli sakit pening..teringat pd sahabat2 yg sudh kehilangan Ibu, ditinggalkan dgn @ tanpa rela. Menjalani hidup bersendirian, tiada tempat mengadu,meluah rasa.....malangnya ada juga yg msh punya Ibu, tp meninggalkan Ibunya tanpa pernah mengirim walau secebis khabar buat mengubat rindu seorang Ibu.........

Sabtu, 24 Januari 2009

Kelembutan Seorang Lelaki




Katakanlah
Tiada kelembutan hati seorang lelaki
Melainkan diri ini
Telah menjadi seorang kekasih

Katakanlah
Betapa garang dan kasarnya
Seorang lelaki itu
Selagi dia bukan sahabatmu
Selagi tertutup pintu hatimu

Apalagi yang ingin kukatakan
Tentang hati seorang lelaki
Yang suaranya menggetar perasaanmu
Dan matanya mematikan pancainderamu

Sesungguhnya aku bukanlah
Lelaki-lelaki yang ngeri di matamu
Walaupun kelembutan hati seorang lelaki
Tiada di dekatku


:: khas tercipta bt mrk yg bergelar lelaki...ntah dr mana aku mendapat sajak ini, yg pasti setiap baitnya tertanam utuh di jiwaku. Ringkas tp penuh dgn makna bg yg tahu dan mahu mengerti........

Jumaat, 9 Januari 2009

Karya indah sang Kahlil Gibran



kenapa kita menutup mata ketika kita tidur?
ketika kita menangis?
ketika kita membayangkan?
itu kerana hal terindah di dunia Tidak Terlihat
ketika kita menemukan seseorang yang keUnikannya sejalan dengan kita
kita bergabung dgnnya
dan jatuh dlm satu keanehan serupa
yang bernama CINTA

ada hal2 yang tidak ingin kita lepaskan
orang2 yang tidak ingin kita tinggalkan
tapi ingatlah
melepaskan bukan akhir dari dunia
melainkan awal suatu kehidupan baru

kebahagiaan ada untuk mereka yang menangis
mereka yang tersakiti
mereka yang telah mencari
dan mereka yang telah mencuba
kerana merekalah yang bisa menghargai
betapa pentingnya orang yang telah MENYENTUH kehidupan mereka


CINTA YANG AGUNG?
adalah ketika kamu menitiskan airmata
dan MASIH peduli terhadapnya
adalah ketika dia tidak mempedulikanmu
dan kamu MASIH menunggunya dengan setia
adalah ketika dia mulai mencintai orang lain
dan kamu MASIH bisa tersenyum
sembari berkata "aku turut berbahagia untukmu"

apabila cinta tidak berhasil BEBASKAN DIRIMU
biarkan hatimu kembali melebarkan sayapnya
dan terbang ke alam bebas lagi
ingatlah bahawa kamu mungkin menemukan CINTA dan kehilangannya
tapi ketika cinta itu mati
kamu tidak perlu mati bersamanya

MENCINTAI.....
BUKANLAH bagaimana kamu melupakan
melainkan bagaimana kamu memaafkan
BUKANLAH bagaimana kamu mendengarkan
melainkan bagaimana kamu mengerti
BUKANLAH apa yang kamu lihat
melainkan apa yang kamu rasakan
BUKANLAH bagaimana kamu melepaskan
melainkan bagaimana kamu bertahan

p/s ini hanya sebahagian dari sajak sebenar...

:: Cinta adalah bahasa yang abstrak,bahasa yang hanya akan bisa dimengerti oleh mereka yang peka dan mengenal apa itu cinta. Cinta memang BUTA tapi yg lebih menyakitkan bila fikiran dan mata hati kita turut dibutakan oleh cinta.

:: Cintailah orang yang ANDA kasihi sekadarnya, takut dia akan menjadi orang yg anda benci suatu hari kelak..juga bencilah terhadap orang yg anda benci seadanya, barangkali dia akan menjadi org yg anda kasihi suatu hari kelak...... Bercintalah untuk kegemilangan dan kecemerlangan hidup bukan kedurjanaan dan kehancuran yg tiada berkesudahan.

Selasa, 6 Januari 2009

Suatu Kenangan

Sahabat sejati adalah sahabat yang mahu mengerti...mahu mengerti saat hati kita terluka, mahu mengerti saat kita berduka..sahabat juga selalu ada saat kita memerlukan, saat kita bahagia atau berduka. hidup tanpa seseorang bernama sahabat, rasanya sepi sekali..

Bagiku, memiliki sahabat adalah anugerah terindah dalam hidup. Meskipun hadirnya seperti pelangi, tapi saat dia datang dia benar2 jd ubat penawar yang mujarab....




Terkenang zaman persekolahan, seseorang yang bernama sahabat begitu akrab di hati kita, begitu dekat dalam kehidupan kita...siapa sahabat anda hari ini, akan menentukan siapa anda di hari esok...bila melihat kehidupan rakan seperjuangan suatu ketika dulu ada benarnya kata2 itu....sahabat yang baik menuntun kita ke jalan yang benar, membuat kita jadi manusia yang baik dan berguna...sahabat yang bukan jahat cuma kurang didikan hidup, selalu membuat sahabatnya turut terpesong dari landasan kehidupan yang sewajarnya.....

Tiba2 terasa rindu mengetuk pintu hati, rindu pada teman seperjuangan, rindu pada keriangan zaman remaja, rindu pada perjuangan yang hingga kini belum usai......di mana pun kalian, semoga impian dan cita2 kita terlaksana dengan jayanya.........................