Sabtu, 24 Januari 2009

Kelembutan Seorang Lelaki




Katakanlah
Tiada kelembutan hati seorang lelaki
Melainkan diri ini
Telah menjadi seorang kekasih

Katakanlah
Betapa garang dan kasarnya
Seorang lelaki itu
Selagi dia bukan sahabatmu
Selagi tertutup pintu hatimu

Apalagi yang ingin kukatakan
Tentang hati seorang lelaki
Yang suaranya menggetar perasaanmu
Dan matanya mematikan pancainderamu

Sesungguhnya aku bukanlah
Lelaki-lelaki yang ngeri di matamu
Walaupun kelembutan hati seorang lelaki
Tiada di dekatku


:: khas tercipta bt mrk yg bergelar lelaki...ntah dr mana aku mendapat sajak ini, yg pasti setiap baitnya tertanam utuh di jiwaku. Ringkas tp penuh dgn makna bg yg tahu dan mahu mengerti........

0 ulasan:

Catat Ulasan