Isnin, 26 Januari 2009

Kerana Dirimu Begitu Berharga

Wahai Wanita,
Anda dalah perhiasan. Dunia ini menjadi indah kerana adanya anda bernama wanita. Tanpa anda dunia pasti diselubungi sugul, dipenuhi dgn kekejaman dan perbuatan 'sampai hati'.

Wahai Wanita,
Anda ibarat rama-rama yang mengindahkan lagi alam. Anda telah menyempurnakan keindahan bunga. Sempurnalah keindahan apabila bunga dikitari sang rama-rama. Tamsilkanlah diri anda sebagaimana rama-rama. Keindahan anda mudah terlerai sebagaimana mudahnya rama-rama terlerai drp keindahannya apabila ia disentuh.

Wahai Wanita,
Sayap anda yg indah itu pasti luntur sedikit demi sedikit, melekat di jari lelaki tatkala dia menyentuh anda, sbgmana sayap rama-rama berpindah coraknya ke jari anda tatkala anda menyentuh serangga kecil itu. Apakah anda tdk berasa rugi? Apakah anda tdk berasa apa-apa yg hilang??

Wahai Wanita,

Jika anda seorang wanita sejati, anda patut berasa rugi sebab ketahuilah, lelaki amat berbangga sekali apabila dia dapat meletakkan tangannya ke atas tubuh anda. sedangkan dia tahu dia tdk berhak berbuat begitu. Bezanya lelaki dgn wanita, lelaki tdk kehilangan apa2 biar berapa ramai wanita yg berada di sekelilingnya tetapi anda pasti rugi setiap kali ada tangan2 yg TDK BERHAK hinggap di tubuh anda...

Wahai Wanita,
Kasihilah diri anda dgn menjadikan diri anda berharga. Apalah ertinya digilai kalau yg menggilai hanya lelaki yg tdk tahu diri. Anda sama sekali tdk berharga biarpun tinggi nilainya di mata lelaki yg tahunya melihat anda sbg 'alat'. Tapi anda ibarat MUTIARA di puncak bukit di mata seorng lelaki yg jujur.

Wahai Wanita,

HARGA DIRI ANDA, ANDALAH YANG MENENTUKAN!!!!


0 ulasan:

Catat Ulasan