Jumaat, 20 Februari 2009

>APABILA KEYAKINAN DIRI BERKECAI




Semalam saya mendapat berita seorg rakan kehilangan kerja. Ia mengharukan saya kerana jawatan yg dijawatnya dahulu seolah2 satu anugerah kpdnya setelah bbrpa bulan menggangur dan dalam waktu yg sama suami meninggalkannya kerana mengejar cinta wanita lain. Dia ditinggal dlm kedukaan dan menanggung hutang membebankan dada. Justeru itu, dalam saat seduka itu mendapat jawatn yg bagus dgn gaji yg lumayan adalah satu anugerah baginya.

Terasa baru samalam saya berkongsi kegembiraannya dan juga keghairahannya ingin menafaskan hidupnya bersama anak2 dgn semangat yg baru digenggam. Baru 6 bulan dia menikmatinya, semalam segalanya berkecai apabila dia mendpt surat perkhidmatannya ditamatkan. Dia hilang segalanya dan paling menyedihkan keyakianan dirinya turut ranap.

Seorang rakan yg begitu akrab dgn saya merupakan wanita yg kreatif idea dan tinggi cita2. Apabila dia mahukan sesuatu, dia tdk gentar membentangkan business plannya kpd sesiapa shj yg dirasainya berpotensi sbg rakan niaga. Di kalangan rakan2 dia adalah kekuatan, penyelesai masalh, dan org yg dipercayai dgn sbrg tugasan. Namun apabila syarikat yg diterajuinya meghadapi masalah dan rakan kongsi turut menghukumnya sbg penipu, dia hilang segalanya dan paling menyukarkan keyakinan dirinya turut lebur.

Begitu juga mgkin ada yg menangisi kerana gagal memenangi kasih se2org yg kita sayang dan dambakan. Andai pintu kasihnya tertutup buat kita, mangapa terus mengetuk? Kita tdk mahu mati kecewa di hdpn pintu yg tertutup rapat bt kita. Kita tdk mahu mati spt Devdas yg menghukum diri hanya kerana gagal disatukan dgn Paro. Kekadang cerita sebegini terlalu idelistik, meletakkan cinta bukan di tempat seharusnya. Masih luas hidup ini yg blh kita teroka dgn peluang terbuka. Masih ramai orang2 menarik yg blh kita jumpa dalam hidup ini. hidup tdk berakhir apabila satu pintu tertututp buat kita.

Acap kali dlm saat sebegini kita memerlukan se2org utk berkongsi rasa. Ia bknnya se2org yg hadir utk memberi nasihat atau mengesahkan kebodohan, kesilapan mahupun mengingatkan kita pada beban yg kita tanggung. Kita hanya memerlukan se2org utk bersama kita, mengerti apa yg kita tanggung dan mendengar tanpa niat menghukum atau mencerca. Kita hanya memerlukan se2org yg dpt mendengar jeritan batin kita, bknnya se2org yg sibuk mencari penyelesaian dan membuat keputusan untuk kita, saat kita bberkongsi kekecewaan.

Mungkin dlm menjalani hidup,kita hlg keyakinan diri krna kegagalan demi kegagalan yg kita tempuhi. Apabila berlakunya ujian sebegini, keyakinan diri punah dan kita berasa hilang peluang utk mengharapkan kebahagiaan dunia.

Sedang hakikatnya inilah masanya utk mengisi ruang kosong tersebut dgn sstu yg lebih bermakna; peluang yg ALLAH berikan hanya utk hamba yg dipilihNya. Peluang utk bermunajat dan mengadu kepadaNya. Peluang utk membina kekuatan diri dgn bergantung pada yg MAHA KUAT...


:: segalanya terpulang pada diri kita, bukannya pada keadaan yg kita biar2kan. Apakah kita mahu hidup terus dibiar kosong atau menjadikan ia lebih bermakna agar kita tdk mati kebosanan @ tua kecewa...



Rabu, 18 Februari 2009

>SUMBER INSPIRASI



Terima kasih untuk ANDA semua... Anda adalh anda, yang berani dan yakin dalam mencipta dunia masing2. Mengenali dan menbaca setiap catatan terbitan ANDA semua membuat saya tertanya siapa ANDA di sebalik semua cerita ini...???

Saya suka dan sgt srnk membaca setiap catatan ANDA. DAn ya, ianya menjadi sumber inspirasi dan kekuatan utk sy dan mgkin juga pada pembaca yang lain. Membacanya membuat saya terpegun... tdk dinafikan ada juga yg membuat catatan yg pd saya mengarut, tdk masuk akal, tdk membina.....

Saya baru belajar, masih byk yg ingin dipelajari, msh byk yg perlu diteroka...


Selasa, 17 Februari 2009

>AKU DAN DIRIKU



aku bukan perenang
yang bisa mengharungi lautan
melawan ombak mendatang
tapi aku bisa menyelam
mencari butiran tiram
untuk kujadikan ilham

aku bukan pemanah
yang sering menepati sasaran
bila panahan dilepaskan
tapi aku bisa melempar
menepati garis bertanda
walau kekadang ku tersasar

aku bukan penyair
yang bisa memukau pembaca
dengan susunan kata puitis
tapi aku bisa menulis
walau hanya aku yang mengerti
makna tersirat di baris kata

aku bukan cendikiawan
juga bukan karyawan
aku bukan sesiapa
aku hanya manusia biasa
yang cuba berfikir luar dari biasa
agar hidup menjadi luar biasa






Isnin, 16 Februari 2009

>IMPIAN YANG TERCURI




Saya ingin berkongsi sdkt kisah tntg seorg gadis yang bercita2 ingin menjadi ballerina terkenal. Si gadis tdk sabar2 utk mengejar impiannya dan pada suatu hari datang pencari bakat ke bandar tempat tinggalnya. Si gadis menunjukkan persembahannya dgn penuh semangat tetapi si pencari bakat berkata bahawa gadis tersebut tiada potensi untuk berjaya. Gadis tersebut tersangat kecewa dan hilang keyakinan diri.

Lalu dia berkahwin , mendapat anak dan hanya menjadi suri rumah sepenuh masa. Beberapa tahun kemudian, pencari bakat datang semula ke bandar tersebut dan wanita tadi turut menonton persembahan yang dibawanya.

Wanita tersebut berkesempatan berjumpa perncari bakat yang pernah menghakiminya dan tiba2 teringat untuk bertanya tentang kegagalannya. Kata pencari bakat tersebut dia bukannya melihat sangat ketika wanita itu membuat persembahan dahulu. Wanita tersebut menjadi marah dan menyalahkan si pencari bakat kerana kegagalannya untuk menjadi ballerina terkenal.

Kata si pencari bakat
" Anda tdk mungkin menjadi ballerina terkenal kerana orang yg berjaya, apabila dia mempunyai keazaman dia akan terus berusaha tanpa menghiraukan apa yg orang kata. Dia tdk akan membiarkan impiannya dicuri orang".

Mari kita analisa diri kita secara jujur, di mana kita.

Apakah kita turut membiarkan keyakinan diri goyah dan menamatkan impian kita hanya kerana pandangan orang serta perbuatan org terhadap kita?

Apakah kita juga spt gadis itu yg bercita2 menjadi ballerina terkenal tetapi membiarkan impian kita dicuri orang?

Fikirkan dan buatlah sesuatu jika benar kita begitu...



Ahad, 15 Februari 2009

>PERTEMUAN BUKAN MILIK KITA





Pertemuan
Menghadiahkan kita kasih sayang
Jika cinta satu pasti bertemu
Ia tidak ternilai
Kerana antara hati kita
Telah tiada taranya lagi

Kita berpisah hanya sementara
Kerana pertemuan bukan milik kita
Jasad dan suara berjauhan sentiasa
Namun cinta abadi...

Biar terpisah selalu menderita
Kerana syurga menagih ujian
Sedang neraka dipagari oleh nikmat
Bertemu tidak jemu
Berpisah tak gelisah

Bicara kita adalah bicara sufi
Tanpa suara
Dan kata-kata
Kerana penghubung kita
Hanyalah suara hati
Bertemu berpisah kerana ALLAH.....

Sabtu, 14 Februari 2009

>PEREMPUAN, LELAKI & SEKAKI PAYUNG???




mahu ke mana adik yang manis
jalan sendiri tiada berkawan
di tengah rintiknya hujan gerimis
habis basah kuyup aduh kasihan

aku mahu pergi ke rumah paman
yang tiada jauh dari kampungku
tiada kusangka hari kan hujan
habis basah kuyup seluruh tubuh

apakah adik mahu abang tolong
mari bersama kita berpayung...


Pernah dengar lagu lama ini? dan di sinilah bermulanya segala cerita tentang perempuan, lelaki dan sekaki payung. Apa kaitan antara ketiga2 perkara ini?

Perempuan, lelaki & sekaki payung. Ianya bermula di sebuah kedai makan, di pinggir kota. Setelah selesai menjamu selera, si gadis kelihatan buntu ketika kakinya melangkah keluar dari kedai tadi. Rupa2nya hujan lebat sedang berpesta menginjak bumi, sedangkan si gadis tadi tidak mempunyai payung. Aduh...runsing hati si gadis memandangkan hari akan beransur gelap tidak lama lagi.

Sedang benaknya ligat memikirkan alternatif untuk meredahi hujan, tiba2 muncul sang jejaka menghulurkan bantuan.

Katanya...
"I tak ada kereta, tapi I rasa U perlukan ini"
ujarnya sambil mengunjukkan sekaki payung pada si gadis tadi.
Sekuntum senyuman yang hangat dilemparkan pada si gadis tadi. Sambil membalas senyuman, dengan hormatnya si gadis tadi menolak bantuan sang jejaka.
"Tak mengapalah saudara, saya yakin saudara juga perlukannya. Terima kasih saja."

Adat dunia, lelaki mana yang tidak ego. Terasa diperkecilkan setelah bantuan yang dihulur ditolak mentah2.
"Ah.....pantang anak lelaki kalau bantuan yang dihulur tidak bersambut, umpan yang dihulur tidak dimakan." sang jejaka bermonolog sendiri.
Jikalau tadi minda si gadis ligat berfungsi, kini akal sang jejaka pula ligat mencari idea2 baru untuk memulakan perbualan setelah umpannya tadi tidak 'sangkut'!

Hujan kian galak menari. Jurai tarinya semakin ligat dihiasi tiupan sang angin. Si gadis semakin cemas. Mana tidaknya, hari semakin menginjak malam dan bas terakhir pula akan berlepas pukul 9.30malam. Menyedari kegelisahan si gadis, sang jejaka sekali lagi mencuba umpannya..

"Hari dah lewat saudari, saya khuatir saudari akan ketinggalan bas. Marilah saya payungkan saudari ke stesen bas," ujarnya sekali lagi melemparkan umpannya. dan kali ini ternyata usahanya tidak sia2.

Seminggu selepas insiden di kedai makan, kali ini mereka berdua kelihatan bersiar2 di taman bunga. Menonton wayang sudah menjadi agenda bersama di hujung minggu. Ungkapan saudara saudari kini telah pun berganti I, U....(oh..umpannya dah mengena rupanya!)

Hari demi hari berlalu, cinta dipupuk kasih disemai dan rindu menjadi bajanya. Oh... dunia cinta sedang mekar di dalam hati merpati dunia sejoli ini. Dan kemuncaknya, saya menerima kad kecil yang berbau wangi. Tertera di situ "Walimatul Urus".

Itulah kisahnya 5tahun lalu. Baru2 ini saya berjumpa sekali lagi dengannya. Kali ini dia tidak keseorangan, di tangannya terpaut erat jari-jemari kecil anak lelakinya. Setelah lama berbual, secara tak sengaja saya telah bertanyakan tentang mahligai yang dibinanya bersama sang jejaka itu.

"Dia 'payung' yang baik buatku. Aku bersama payungku meredah hujan dan panas bersama2. Aku bahagia sehinggalah aku bertemu seorang gadis yang ingin berkongsi 'payung'ku," ujarnya dengan nada perlahan.

"Jadi bagaimana?" soalku kurang sabar.

"Seharusnya bagaimana? Aku juga menumpang teduh di bawah 'payung' itu. Dan kini, gadis itu juga perlukan perlindungan sama sepertiku suatu ketika dulu. Aku izinkan diriku untuk berkongsi 'payung' kesayanganku kerana aku tahu 'payung'ku ini diciptakan ALLAH swt dengan kemampuan melindungi 4orang sekaligus. Aku mungkin tidak segembira dahulu, namun sekurang2nya 'payung' itu masih menjadi milikku" balasnya bersahaja.

"Maksudmu berkongsi kasih?" gesaku sekali lagi.

"Kami tidak berkongsi kasih, kami hanya berkongsi 'payung' yang sama untuk meneruskan perjalanan hidup ini" tegasnya lagi.

Perbualan kami terhenti di situ setelah dia mengundur diri. Hari hampir hujan katanya. Aku melangkah perlahan sambil memikirkan nasib sahabat, sekaligus memikirkan nasibku sendiri.

Perkahwinan umpama perjalanan seorang wanita bersama sekaki payung. Payung yang diharap dapat melindunginya dari bahang panas mentari mahupun rintik sang hujan. Sewaktu majlis akad nikah, si gadis seumpama diberi sekaki payung yang tertulis dalam azali "PAYUNG INI MAMPU MELINDUNGI 4 ORANG SEKALIGUS!"

Tiba2 setitis hujan mengenai tepat di dahiku.
"Oh tidak... aku tak ada payung!"



Rabu, 11 Februari 2009

>SURAT TERBUKA BUAT LELAKI




WAHAI LELAKI!!!
sudikah anda membaca surat terbuka ini?????
anda mungkin hanya bergelar lelaki dan anak @ mgkn sudah bergelar suami & ayah...ketahuilah sesuatu tntg wanita2 yg berada di samping anda, yg selalu dkt dgn kehidupan anda.

Jangankan anda, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa wanita, hati. fikiran & perasaan lelaki akan resah. Tidak ada anehnya, sebab di situlah letaknya normal tidaknya seorng lelaki.

Apalagi yg tdk ada di syurga, namun Nabi Adam a.s tetap rindukan seorg teman. Itu alangkah Nabi. Betapa anda tdk mahu mengakui anda amat memerlukan wanita di sisi anda. ALLAH tlh memberikan Nabi Adam a.s sebaik2 teman- Siti Hawa. ALLAH juga mgkn tlh memberi anda sebaik2 teman iaitu isteri anda.

Kerana adanya wanita, anda ada se2org utk dipanggil isteri. Kerana adanya wanita, anda dilahirkan olh se2org yg blh dipanggil ibu. Kalau rezeki baik, anda ada anak yg blh dipanggil puteri. Mereka semua adalah wanita. Mereka mernjadi penyeri dlm kehidupan anda.

Djadikan mereka dr tulang rusuk yg bengkok utk diluruskan oleh lelaki, tetapi kalau anda sendiri yg tdk lurus, tdk mgkn anda mampu meluruskan wanita. Tak logik kayu yg bengkok menghasilkan bayang2 yg lurus.

Wanita diperlukan, tetapi kejadian mereka yg berbeza dgn struktur tubuh anda, menjadikan wanita unik dan istimewa. Menjadi tanggungjawab anda meluruskan mereka. Dengan apa? Dgn harta, dgn kedudukan, dgn pangkat @ dgn nama? Semuanya itu mgkn selagi meniti di ats petunjuk ILAHI.

Didiklah wanita dgn panduan-NYA. Isteri bkn utk dizalimi, bkn jg untk diperhambai. Ibu bkn utk disia2 ttpi utk dihormati dan diagungkan, sesuai dgn jasa dan kedudukannya. Anak gadis utk dipelihara, dilindungi dan diberikan keselesaan hidup semampu anda. Mereka semua adalh teman utk perjuangan hidup anda.

Kenalkan mrka kpd ALLAH, zat yg kekal, di situlah suisnya utk menundukkan wanita. Maka utk memperkenalkan wanita kpd ALLAH, anda sendiri perlu lbh dahulu kenal dgn ALLAH. ALLAH adlh tmpt utk mengadu... Anda ambl seorg isteri ats kalimah ALLAH, dia adlh amanh utk anda pelihara dn jaga.

Jika akalnya setipis rambut, tebalkan dgn ilmu. Jika hatinya separuh kaca, kuatkan dgn iman. Jika perasaanya selembut sutera, hiasilah dgn akhlak dn ksh syg. Suburkanlah, kerana dr situlah mereka kan nmapk nilaian dn keadilan TUHAN. Bisikkan ke telinga mereka, kelembutan bkn suatu kelemahan.

Tanpa ilmu, iman, akhlak dan ksh sayang, mereka bukan sahaja tdk boleh diluruskan, bahkan mereka pula membengkokkan. Lebih ramai lelaki yg dirosakkan olh permpuan drp perempuan yg dirosakkan olh lelaki. Sebodoh2 permpuan pun boleh menundukkan sepandai2 lelaki. Di situlah hebatnya wanita yg perlu anda ketahui.

Itulah akibatnya bila wanita tdk mengenal TUHAN. Bila mereka derhaka dunia lelaki akan huru-hara. Bila tulang rusuk patah, rosaklah jantung, hati dan limpa.

WAHAI LELAKI!!!
Jangan hanya mengharap ketaatan tapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju ALLAH, pimpinlah diri sendiri dahulu. Jinakkan diri dgn ALLAH, nescaya akan jinaklah segala-galanya di bwh pimpinan anda.

::
Jangan bandingkan isteri anda dgn SITI FATIMAH, kalau anda belum seperti SAIDINA ALI. Bersamalah kita membangun sahsiah yg baik lagi padu dlm membina kehidupan dunia dan akhirat.......wassalam.




Ahad, 8 Februari 2009

>APABILA LELAKI RAPUH MEMIMPIN




Perkahwinan tdk perlu jika se2org tdk dpt mencari psgannya yg sesuai. Sesuai yg bermaksud mengikut ukuran agama lbh dr dunia.. Bersetujukah anda???

Dalam sebuah kajian, didapati majoriti b'pndpt Ketua @ Pemimpin keluarga adlh SUAMI. Lbh 80.8% responden wanita & 81.8% lelaki menyatakan demikian. Mengikut etnik pula 91.5% kaum Melayu, 83.4% kaum Cina & 72.8% kaum India bersetuju dgn pdpt dlm sesebuah perkahwinan, suami adlh ketua & isteri adlh pembantu. Wanita dikatakan hanya layak mjd ketua keluarga apbla tiada lelaki dewasa dlm se2buah keluarga.

Itu menunjukkan wanita dgn sukarela mengakui lelaki sbg ketua. Ini dipersetujui oleh semua etnik malah dgn gembiranya dipersetujui oleh majoriti lelaki. Sayangnya KITA (sy jg Wanita) mengetahui lelaki adlah pemimpin, jika rosak dia rosaklah orang2 yg dipimpinnya, rosaklah rumahtangga, rosaklah keluarga, tapi msh ramai yg mahu berkompromi memilih seorg lelaki yg rapuh pegangan agamanya...

Mengapa begitu Wahai WANITA?????


:: kalau sja kita mahu mengmbil iktibar dr kisah kehidupan di sekeliling kita, pasti dunia tdk lagi dipenuhi dgn sengketa, kemelut rumahtangga yg tiada berkesudahan....

:: tapi itulah Cinta..saat hati terpaut, berkenan, tiada lagi yg mampu mengalihkan rasa itu..... sy suka mengulang kata2 ini, "BerCintalah utk kegemilangan & kecemerlangan hidup bkn kedurjanaan & kehancuran..." Slmt berCINTA utk smua PENCINTA.. JAGA DIRI, HIASI PERIBADI:)

Ahad, 1 Februari 2009

RINDU LAGI?



Sejumlah hati yang kutemui
Tidaklah mereka seistimewa dirimu
Sejumlah kasih yang kumiliki
Tidaklah mereka sesetiamu
Justeru itu kukutuk diri ini
Lantaran tidak peduli
Tentang kehadiran sekeping hati
Yang sering kusakiti
Dan
Ketika simfoni merah melamar senja
Barulah aku sedari
Hadirnya menemaniku
Kini barulah aku mengerti
Sememangnya aku menyintainya
Dan ketika rindu merantai masa
Aku keRINDUan...