Jumaat, 20 Februari 2009

>APABILA KEYAKINAN DIRI BERKECAI




Semalam saya mendapat berita seorg rakan kehilangan kerja. Ia mengharukan saya kerana jawatan yg dijawatnya dahulu seolah2 satu anugerah kpdnya setelah bbrpa bulan menggangur dan dalam waktu yg sama suami meninggalkannya kerana mengejar cinta wanita lain. Dia ditinggal dlm kedukaan dan menanggung hutang membebankan dada. Justeru itu, dalam saat seduka itu mendapat jawatn yg bagus dgn gaji yg lumayan adalah satu anugerah baginya.

Terasa baru samalam saya berkongsi kegembiraannya dan juga keghairahannya ingin menafaskan hidupnya bersama anak2 dgn semangat yg baru digenggam. Baru 6 bulan dia menikmatinya, semalam segalanya berkecai apabila dia mendpt surat perkhidmatannya ditamatkan. Dia hilang segalanya dan paling menyedihkan keyakianan dirinya turut ranap.

Seorang rakan yg begitu akrab dgn saya merupakan wanita yg kreatif idea dan tinggi cita2. Apabila dia mahukan sesuatu, dia tdk gentar membentangkan business plannya kpd sesiapa shj yg dirasainya berpotensi sbg rakan niaga. Di kalangan rakan2 dia adalah kekuatan, penyelesai masalh, dan org yg dipercayai dgn sbrg tugasan. Namun apabila syarikat yg diterajuinya meghadapi masalah dan rakan kongsi turut menghukumnya sbg penipu, dia hilang segalanya dan paling menyukarkan keyakinan dirinya turut lebur.

Begitu juga mgkin ada yg menangisi kerana gagal memenangi kasih se2org yg kita sayang dan dambakan. Andai pintu kasihnya tertutup buat kita, mangapa terus mengetuk? Kita tdk mahu mati kecewa di hdpn pintu yg tertutup rapat bt kita. Kita tdk mahu mati spt Devdas yg menghukum diri hanya kerana gagal disatukan dgn Paro. Kekadang cerita sebegini terlalu idelistik, meletakkan cinta bukan di tempat seharusnya. Masih luas hidup ini yg blh kita teroka dgn peluang terbuka. Masih ramai orang2 menarik yg blh kita jumpa dalam hidup ini. hidup tdk berakhir apabila satu pintu tertututp buat kita.

Acap kali dlm saat sebegini kita memerlukan se2org utk berkongsi rasa. Ia bknnya se2org yg hadir utk memberi nasihat atau mengesahkan kebodohan, kesilapan mahupun mengingatkan kita pada beban yg kita tanggung. Kita hanya memerlukan se2org utk bersama kita, mengerti apa yg kita tanggung dan mendengar tanpa niat menghukum atau mencerca. Kita hanya memerlukan se2org yg dpt mendengar jeritan batin kita, bknnya se2org yg sibuk mencari penyelesaian dan membuat keputusan untuk kita, saat kita bberkongsi kekecewaan.

Mungkin dlm menjalani hidup,kita hlg keyakinan diri krna kegagalan demi kegagalan yg kita tempuhi. Apabila berlakunya ujian sebegini, keyakinan diri punah dan kita berasa hilang peluang utk mengharapkan kebahagiaan dunia.

Sedang hakikatnya inilah masanya utk mengisi ruang kosong tersebut dgn sstu yg lebih bermakna; peluang yg ALLAH berikan hanya utk hamba yg dipilihNya. Peluang utk bermunajat dan mengadu kepadaNya. Peluang utk membina kekuatan diri dgn bergantung pada yg MAHA KUAT...


:: segalanya terpulang pada diri kita, bukannya pada keadaan yg kita biar2kan. Apakah kita mahu hidup terus dibiar kosong atau menjadikan ia lebih bermakna agar kita tdk mati kebosanan @ tua kecewa...



1 ulasan:

noorlara berkata...

ade je beno hani,
bila dalam kedukaan tiada manusia dapat membantu mntenteramkan hati melainkan dengan berserah kpd Allah SWT. Merayu dan memohon pertolongan NYA. Insyaallah!

Catat Ulasan