Sabtu, 14 Februari 2009

>PEREMPUAN, LELAKI & SEKAKI PAYUNG???




mahu ke mana adik yang manis
jalan sendiri tiada berkawan
di tengah rintiknya hujan gerimis
habis basah kuyup aduh kasihan

aku mahu pergi ke rumah paman
yang tiada jauh dari kampungku
tiada kusangka hari kan hujan
habis basah kuyup seluruh tubuh

apakah adik mahu abang tolong
mari bersama kita berpayung...


Pernah dengar lagu lama ini? dan di sinilah bermulanya segala cerita tentang perempuan, lelaki dan sekaki payung. Apa kaitan antara ketiga2 perkara ini?

Perempuan, lelaki & sekaki payung. Ianya bermula di sebuah kedai makan, di pinggir kota. Setelah selesai menjamu selera, si gadis kelihatan buntu ketika kakinya melangkah keluar dari kedai tadi. Rupa2nya hujan lebat sedang berpesta menginjak bumi, sedangkan si gadis tadi tidak mempunyai payung. Aduh...runsing hati si gadis memandangkan hari akan beransur gelap tidak lama lagi.

Sedang benaknya ligat memikirkan alternatif untuk meredahi hujan, tiba2 muncul sang jejaka menghulurkan bantuan.

Katanya...
"I tak ada kereta, tapi I rasa U perlukan ini"
ujarnya sambil mengunjukkan sekaki payung pada si gadis tadi.
Sekuntum senyuman yang hangat dilemparkan pada si gadis tadi. Sambil membalas senyuman, dengan hormatnya si gadis tadi menolak bantuan sang jejaka.
"Tak mengapalah saudara, saya yakin saudara juga perlukannya. Terima kasih saja."

Adat dunia, lelaki mana yang tidak ego. Terasa diperkecilkan setelah bantuan yang dihulur ditolak mentah2.
"Ah.....pantang anak lelaki kalau bantuan yang dihulur tidak bersambut, umpan yang dihulur tidak dimakan." sang jejaka bermonolog sendiri.
Jikalau tadi minda si gadis ligat berfungsi, kini akal sang jejaka pula ligat mencari idea2 baru untuk memulakan perbualan setelah umpannya tadi tidak 'sangkut'!

Hujan kian galak menari. Jurai tarinya semakin ligat dihiasi tiupan sang angin. Si gadis semakin cemas. Mana tidaknya, hari semakin menginjak malam dan bas terakhir pula akan berlepas pukul 9.30malam. Menyedari kegelisahan si gadis, sang jejaka sekali lagi mencuba umpannya..

"Hari dah lewat saudari, saya khuatir saudari akan ketinggalan bas. Marilah saya payungkan saudari ke stesen bas," ujarnya sekali lagi melemparkan umpannya. dan kali ini ternyata usahanya tidak sia2.

Seminggu selepas insiden di kedai makan, kali ini mereka berdua kelihatan bersiar2 di taman bunga. Menonton wayang sudah menjadi agenda bersama di hujung minggu. Ungkapan saudara saudari kini telah pun berganti I, U....(oh..umpannya dah mengena rupanya!)

Hari demi hari berlalu, cinta dipupuk kasih disemai dan rindu menjadi bajanya. Oh... dunia cinta sedang mekar di dalam hati merpati dunia sejoli ini. Dan kemuncaknya, saya menerima kad kecil yang berbau wangi. Tertera di situ "Walimatul Urus".

Itulah kisahnya 5tahun lalu. Baru2 ini saya berjumpa sekali lagi dengannya. Kali ini dia tidak keseorangan, di tangannya terpaut erat jari-jemari kecil anak lelakinya. Setelah lama berbual, secara tak sengaja saya telah bertanyakan tentang mahligai yang dibinanya bersama sang jejaka itu.

"Dia 'payung' yang baik buatku. Aku bersama payungku meredah hujan dan panas bersama2. Aku bahagia sehinggalah aku bertemu seorang gadis yang ingin berkongsi 'payung'ku," ujarnya dengan nada perlahan.

"Jadi bagaimana?" soalku kurang sabar.

"Seharusnya bagaimana? Aku juga menumpang teduh di bawah 'payung' itu. Dan kini, gadis itu juga perlukan perlindungan sama sepertiku suatu ketika dulu. Aku izinkan diriku untuk berkongsi 'payung' kesayanganku kerana aku tahu 'payung'ku ini diciptakan ALLAH swt dengan kemampuan melindungi 4orang sekaligus. Aku mungkin tidak segembira dahulu, namun sekurang2nya 'payung' itu masih menjadi milikku" balasnya bersahaja.

"Maksudmu berkongsi kasih?" gesaku sekali lagi.

"Kami tidak berkongsi kasih, kami hanya berkongsi 'payung' yang sama untuk meneruskan perjalanan hidup ini" tegasnya lagi.

Perbualan kami terhenti di situ setelah dia mengundur diri. Hari hampir hujan katanya. Aku melangkah perlahan sambil memikirkan nasib sahabat, sekaligus memikirkan nasibku sendiri.

Perkahwinan umpama perjalanan seorang wanita bersama sekaki payung. Payung yang diharap dapat melindunginya dari bahang panas mentari mahupun rintik sang hujan. Sewaktu majlis akad nikah, si gadis seumpama diberi sekaki payung yang tertulis dalam azali "PAYUNG INI MAMPU MELINDUNGI 4 ORANG SEKALIGUS!"

Tiba2 setitis hujan mengenai tepat di dahiku.
"Oh tidak... aku tak ada payung!"



1 ulasan:

Unknown berkata...

kisah payung dan kekasih.
kenapa kita perlukan payung
untuk apa...
tentunya jadi teduhan SEMENTARA - sebab teduhan sebenar adalah kekuasai Allah.
sementara payung ini digunakan SEMENTARA - pastikan kita memilih payung yg terbaik yang mampu memberi perlindungan walaupun sementra....

Catat Ulasan