Ahad, 15 Februari 2009

>PERTEMUAN BUKAN MILIK KITA





Pertemuan
Menghadiahkan kita kasih sayang
Jika cinta satu pasti bertemu
Ia tidak ternilai
Kerana antara hati kita
Telah tiada taranya lagi

Kita berpisah hanya sementara
Kerana pertemuan bukan milik kita
Jasad dan suara berjauhan sentiasa
Namun cinta abadi...

Biar terpisah selalu menderita
Kerana syurga menagih ujian
Sedang neraka dipagari oleh nikmat
Bertemu tidak jemu
Berpisah tak gelisah

Bicara kita adalah bicara sufi
Tanpa suara
Dan kata-kata
Kerana penghubung kita
Hanyalah suara hati
Bertemu berpisah kerana ALLAH.....

0 ulasan:

Catat Ulasan