Rabu, 11 Februari 2009

>SURAT TERBUKA BUAT LELAKI




WAHAI LELAKI!!!
sudikah anda membaca surat terbuka ini?????
anda mungkin hanya bergelar lelaki dan anak @ mgkn sudah bergelar suami & ayah...ketahuilah sesuatu tntg wanita2 yg berada di samping anda, yg selalu dkt dgn kehidupan anda.

Jangankan anda, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa wanita, hati. fikiran & perasaan lelaki akan resah. Tidak ada anehnya, sebab di situlah letaknya normal tidaknya seorng lelaki.

Apalagi yg tdk ada di syurga, namun Nabi Adam a.s tetap rindukan seorg teman. Itu alangkah Nabi. Betapa anda tdk mahu mengakui anda amat memerlukan wanita di sisi anda. ALLAH tlh memberikan Nabi Adam a.s sebaik2 teman- Siti Hawa. ALLAH juga mgkn tlh memberi anda sebaik2 teman iaitu isteri anda.

Kerana adanya wanita, anda ada se2org utk dipanggil isteri. Kerana adanya wanita, anda dilahirkan olh se2org yg blh dipanggil ibu. Kalau rezeki baik, anda ada anak yg blh dipanggil puteri. Mereka semua adalah wanita. Mereka mernjadi penyeri dlm kehidupan anda.

Djadikan mereka dr tulang rusuk yg bengkok utk diluruskan oleh lelaki, tetapi kalau anda sendiri yg tdk lurus, tdk mgkn anda mampu meluruskan wanita. Tak logik kayu yg bengkok menghasilkan bayang2 yg lurus.

Wanita diperlukan, tetapi kejadian mereka yg berbeza dgn struktur tubuh anda, menjadikan wanita unik dan istimewa. Menjadi tanggungjawab anda meluruskan mereka. Dengan apa? Dgn harta, dgn kedudukan, dgn pangkat @ dgn nama? Semuanya itu mgkn selagi meniti di ats petunjuk ILAHI.

Didiklah wanita dgn panduan-NYA. Isteri bkn utk dizalimi, bkn jg untk diperhambai. Ibu bkn utk disia2 ttpi utk dihormati dan diagungkan, sesuai dgn jasa dan kedudukannya. Anak gadis utk dipelihara, dilindungi dan diberikan keselesaan hidup semampu anda. Mereka semua adalh teman utk perjuangan hidup anda.

Kenalkan mrka kpd ALLAH, zat yg kekal, di situlah suisnya utk menundukkan wanita. Maka utk memperkenalkan wanita kpd ALLAH, anda sendiri perlu lbh dahulu kenal dgn ALLAH. ALLAH adlh tmpt utk mengadu... Anda ambl seorg isteri ats kalimah ALLAH, dia adlh amanh utk anda pelihara dn jaga.

Jika akalnya setipis rambut, tebalkan dgn ilmu. Jika hatinya separuh kaca, kuatkan dgn iman. Jika perasaanya selembut sutera, hiasilah dgn akhlak dn ksh syg. Suburkanlah, kerana dr situlah mereka kan nmapk nilaian dn keadilan TUHAN. Bisikkan ke telinga mereka, kelembutan bkn suatu kelemahan.

Tanpa ilmu, iman, akhlak dan ksh sayang, mereka bukan sahaja tdk boleh diluruskan, bahkan mereka pula membengkokkan. Lebih ramai lelaki yg dirosakkan olh permpuan drp perempuan yg dirosakkan olh lelaki. Sebodoh2 permpuan pun boleh menundukkan sepandai2 lelaki. Di situlah hebatnya wanita yg perlu anda ketahui.

Itulah akibatnya bila wanita tdk mengenal TUHAN. Bila mereka derhaka dunia lelaki akan huru-hara. Bila tulang rusuk patah, rosaklah jantung, hati dan limpa.

WAHAI LELAKI!!!
Jangan hanya mengharap ketaatan tapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju ALLAH, pimpinlah diri sendiri dahulu. Jinakkan diri dgn ALLAH, nescaya akan jinaklah segala-galanya di bwh pimpinan anda.

::
Jangan bandingkan isteri anda dgn SITI FATIMAH, kalau anda belum seperti SAIDINA ALI. Bersamalah kita membangun sahsiah yg baik lagi padu dlm membina kehidupan dunia dan akhirat.......wassalam.




0 ulasan:

Catat Ulasan