Selasa, 31 Mac 2009

KACALAH DIRI TATKALA BERCERMIN




Setiap kali anda berkaca di hadapan cermin, apa yg anda fikirkan?Akukah ini? Digilai dan menggila untuk digilai? Atau anda menekup muka lalu melarikan diri dari cermin dan rasa tidak sanggup lagi berkaca?

Cermin membiaskan cahaya. Apabila dua cermin saling bertemu, cahaya yg terbias terpacul pd muka cermin yg satu lagi. Cermin itu jg akan membiaskan bayang2nya dan akhirnya kedua2 muka cermin akan saling terbias dan membias.

Cermin menghadap cermin, yg terhasil adalh biasan lbh kuat. Wajah anda menghadap cermin, yg terhasil adlh wajah anda yg sebenar. Apakah tiada sebarang kekuatan yg dapat anda tafsirkan drp wajah yg dirawat saban hari? Atau apakh anda berasa terlalu sempurna hingga merasakan ckup dgn wajah yg sedia ada dan tak perlu dirawat lagi?

Di hdpn cermin, anda akan temui bayangan anda sendiri. Bayangan itu adalh kemampuan anda yg sebenar, yg sebenarnya amat kuat dan luar biasa sekali. Ketakterbatasan yg memberi kekuatan utk menembus batas rintangan diri, yg sbnrnya dibiaskan olh diri anda sendiri. Berkacalah pd diri sendiri, dan temukan kekuatan anda di situ.

Cerminlah diri anda dgn cermin diri anda sendiri. Singkirkan cermin2 diri org lain. Di sana hanya terlihat kekurangan dan kelemahan anda yg akan memupuk ketidakpuasan. Dan ini akan mejerumuskan anda ke dalam jurang kekecewaan.

Apabila anda mula berasa kecewa dgn diri sendiri, anda telah meletakkan cermin yg salah dan keunikan2 yg tersembunyi itu akan lebih sukar ditemukan. Anda adlh diri anda sendiri. Anda dgn semua keistimewaan yg ada pasti mampu memiliki jalan2 keberhasilan sendiri. Kekuatan anda terletak pd wajah yg terpapar di cermin, bgmana anda merawatnya akan menentukan persepsi orang thdp anda.

Wajah hanyalah simbolik pd kekuatan sebnr yg anda miliki. Dgn berasa puas tatkala berkaca, begitulah cermin hati anda yg sebenarnya. Anda bkn org lain. Anda adlh anda yg memiliki jalan keberhasilan sendiri. Mulai hari ini, dgn menatap wajah anda sendiri, carilah bayangan yg tak terhingga itu. Di sana ada kekuatan yg akan membawa anda ke puncak keberhasilan.

Berkacalah dgn cermin diri,jgn berkaca dgn wajah orang. Kelak anda temukan kekuatan sbb kekuatan itu duduknya di hati, sedangkan berkaca di wajah org, hati anda akan dibuai iri.





2 ulasan:

Unknown berkata...

kata bijakpandai
orang yg takut dengan wajah diri sendiri - adalah yang harga dirinya rendah...
untuk itu
be yourseft.
kerana kita adalah apa yg kita fikirkan

noorlara berkata...

meneroka diri bila tika di depan cermin, membilang garis usia, merenug ke bola mate yg kian kelabu, cermin yg tak pernah berdusta mesti jujur denganye. terima hakikat diri.

Catat Ulasan