Ahad, 7 Jun 2009

>MEMBURU ATAU MEMBINA IMPIAN


Ketika memandu di belakang sebuah kenderaan di lebuh raya, hati tertarik pada stiker yang dilekatkan di belakang cermin keretanya. Terpampang dalam font yang cantik,

“DREAM CHASER”.

Stiker itu menimbulkan pelbagai pertanyaan di otak fikiran, adakah pemandunya masih lagi mengejar impian ataupun sedang membina impian? Agaknya berapa lama dia mengejar impiannya, adakah impiannya semakin dekat ataupun semakin jauh? Ataupun adakah impian hanya tinggal impian tanpa usaha untuk mencapainya?


Sekali imbas, stiker berkenaan ada meninggalkan kesan melankolik kerana setiop manusia pastinya mempunyai impian masing-masing. Sejauh mana impian itu sudah tercapai, tidak dapat dipastikan kerana ia bergantung pada usaha sendiri. Persoalannya, adakah impian itu masih lagi menjadi impian ataupun impian itu sudah membentuk dan menjadi sebahagian realiti kehidupan?


Apa juga impian yang didambakan ia adlah satu harapan indah. Ia mungkin sekadar angan-angan kosong yang mewarnai minda ataupun ia mungkin jadi detik pemula yang mencetus semangat untuk menikmati kehidupan lebih baik pada masa depan. Bagaimana pula dengan saiz impian kita itu? Apakah pada logiknya ia mampu dicapai ataupun kita merasakan ianya terlalu besar sehinggakan kita sendiri takut untuk bermimpi, bimbang tidak tercapai tangan!


Yakinilah rezeki ALLAH SWT ada di mana-mana.


Saya yakin jika berusaha gigih, pasti kejayaan yang kita impikan itu menjadi milik kita.


Bagaimana melakukannya?


Pertama sekali perlu ada matlamat dan impian yang besar. Matlamat ini yang menjadi kompas dan impian itu pula sebagai pendorong yang membakar semangat untuk bertindak.


Kejayaan adalah satu perjalanan yang tiada titik noktah. Kejayaan yang kita capai mungkin kejayaan-kejayaan kecil sebelum terkumpul dan menjadi satu kejayaan besar. Selain sikap dan sifat-sifat positif yang perlu ada pada diri seseorang, ada tiga perkara utama yang patut dijadikan tonggak kejayaan.


Pertama : BUKU YANG DIBACA

Kedua : SIAPA YANG KITA DAMPINGI

Ketiga : KELAS ATAU SEMINAR YANG DIHADIRI


Dalam apa jua yang dilakukan, kita perlu ada ilmu. Untuk berjaya dalam sesuatu bidang, penting mempunyai ilmu dalam bidang berkenaan. Begitu juga bagi mereka yang ingin menjadi pakar dalam bidang masing-masing. Ilmu ini perlu dipelajari dan dipertingkatkan dari masa ke semasa. Ia adalah kunci kejayaan!


Sebagai manusia, kita memang akan terbawa-bawa dengan perasaan semalam. Semalam adalah semalam, hari yang sudah lepas, sudah menjadi sejarah dan boleh diingat hanya sebagai kenangan. Apa yang berlaku semalam, tidak seharusnya menjadi kayu pengukur hari in kerana hari ini adalah hari baru, hari yang berbeza dalam hidup kita. Sebaiknya corak hari ini dengan lukisan yang lebih baik dan cantik dari semalam manakala hari esok lebih baik dari hari ini.


Apabila minda sudah mampu membuat pilihan, laluan kejayaan semakin jelas dan impian diidamkan semakin hampir dan mampu dicapai. Minda kita adalah satu platform, planet ataupun dunia kita.


Fikirlah…..

Kerana……

Kita adalah apa yang kita fikirkan…………………..