Khamis, 27 Ogos 2009

AYAH KAU PESAN...


Semalam aku jumpa ayah kau
Dia ingat lagi kat kau tapi kau ingat ke kat dia???
Dia nampak macam risau je…


Aku tanya kenapa nampak macam risau je??
Dia jawab “Pak Cik teringin nak jumpa anak pak cik”..
Dia cakap kalau dia tak sempat nak jumpa dengan kau
Dia ada tingalkan pesan..


AYAH KAU PESAN..
Jangan kau lupa pada Tuhan
Takut nanti Tuhan pula lupa pada kau.


AYAH KAU PESAN..
Bila berkawan jangan berperang
Takut nanti kalau sakit, takde kawan yang hendak datang.


AYAH KAU PESAN..
Kalau kau sesat, janganlah malu hendak bertanya orang
Supaya kau boleh nampak jalan pulang.


AYAH KAU PESAN..
Bila dah senang nanti, jangan kau lupa pada ibu bapa
Takut nanti kau jadi macam TANGGANG anak DERHAKA!!


AYAH KAU PESAN..
Jangan lupa segala pesan
Sebab tak ada apa yang dia hendak bekal
Kerana dia sudah pergi ke BATU NISAN!!!


“Sayangi dan hormatilah bapa,ayah,abah,abi,babah,daddy,dad dan segala apa yang anda panggil seorang insan yang bergelar bapa dan suami sementara mereka masih hidup.Kerana merekalah insan yang telah membesarkan kita,memberi kita makan,memberi kita minum dan melayan karenah kita ketika kita masih kecil.

***secebis ingatan utk kita semua yg bergelar anak...

Ahad, 23 Ogos 2009

SEJENAK...

Salam Ramadhan...

xtau nak coret apa sbnrnya, yg pasti saat ini hati bgi tersiat, pilu, pedih...

ingin rsanya menjauh dr segalanya tp byk perkara menghambat,

membuat aku tetap terikat pd bumi yg sdg kupijak.

sakit, ya mmg sakit...

Ramadhan ini disambut dgn pnh kepiluan yg bnr2 menggigit tangkai hati...

Ayah kmbli ke Rahmatullah di saat smua org sibuk menyiapkan persiapan smbt puasa.

Ayah da xda...

Ayah da pergi tinggalkan kami..

Aku, adik2, mak..

Smbt puasa tnpa Ayah rasa sepi sekali..

tiada lagi teriakan Ayah di hening pagi,

mengejutkan kami utk bersahur...

sepi....

bnr2 sepi.

Ahad, 9 Ogos 2009

HATIMU UNTUK SIAPA

Kepada siapa hatimu harus diberikan, memerlukan satu jawapan jujur, tulus lahir dari lubuk jiwamu. Sama ada kita sudah mempunyai pasangan atau tidak, apakah hati masih milik kita atau telah kita berikan kepada insan lain. Untuk siapa hatimu, jawablah dengan senada, tanpa teragak2.

Untuk mencapai kecemerlangan kita memerlukan hati yg bulat, begitu juga utk bahagia kita memerlukan hati yg satu, sama ada telah kita berikan kepada seseorang atau masih kita simpan sendiri.

Biar kepada siapa hati itu telah diberikan, pastikan pemberian itu ikhlas sebab pulangannya serupa. Jika anda memberikan hati separuh2, anda akan mendapat separuh; jika anda memberikan kesemuanya, anda akan mendapat kesemuanya semula.

Cinta yg tulus mmg memerlukan pengorbanan. Salah satu pengorbanan yg perlu dilakukan ialah memberikan hati. Berikanlah keseluruhan hati anda terhadap org yg anda cintai itu, jgn simpan2 lagi. Tak usah reserve utk org lain, nanti anda jg mendapat sebhgian sj hatinya.

Jujurlah dgn hati sebab kebahagiaan kita letaknya di situ. Hati yg tdk tenang bermula drp hati yg dicebis2kan utk diberikan kpd ramai org, yg sebenarnya tdk berhak terhadapnya.

Hatimu untuk siapa? Sebenarnya satu pertanyaan yg perlu ditanyakan oleh setiap org terhadap dirinya sendiri. Benarkah hatinya telah diberikan sepenuhnya utk orang yg berhak atau berkecai dan kini berada di dalam diri ramai orang yg tdk sepatutnya menerima?

Setiap kita memerlukan jawapan jujur sbb kedudukan hati kta hanya kita yg tahu keadaan dan statusnya. Jujurlah dlm memberikan jawapan. Kejujuran anda mmg bermula drp hati yg betul. Jika anda telah mencemamaikan hati dan selalu tdk berlaku jujur terhadapnya, anda sukar memberikan jawapan setulusnya.

Hatimu untuk siapa? Sama ada anda merelakan ia berpindah ke insan lain atau anda simpan sendiri, itu hak anda yg tiada siapa dapat mempertikaikannya. Namun sekiranya hati itu hendak diberikan kpd seseorang, biarlah seseorang itu insan yg betul kerana jika insan yg salah menerimanya, anda akan terus bersalah.

Fikir, renung dan tengok.

Isnin, 3 Ogos 2009

EMPAT GLGN LELAKI YG DITARIK OLEH WANITA KE NERAKA

Pertama:- Ayahnya

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.. tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

Kedua:- Suaminya

Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri.. walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Ketiga:- Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepala abang-abangnya.. jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM.. tunggulah tarikan adiknya di akhirat.


Keempat:- Anak Lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak.. nantikan tarikan ibunya.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat...maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidak silap firman ALLAH S.W.T.:-

"Hai anak adam peliharakanlah diri kamu serta ahli keluarga kamu dari api neraka, di mana bahan pembakarnya ialah manusia dan batu-batu.."

Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda... kasihankanlah mereka dan diri kamu sendiri.. jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan ikhlas...

p/s: untuk renungan bersama...saya, anda, dan yang mahu mengerti dan ambil tahu.......