Ahad, 9 Ogos 2009

HATIMU UNTUK SIAPA

Kepada siapa hatimu harus diberikan, memerlukan satu jawapan jujur, tulus lahir dari lubuk jiwamu. Sama ada kita sudah mempunyai pasangan atau tidak, apakah hati masih milik kita atau telah kita berikan kepada insan lain. Untuk siapa hatimu, jawablah dengan senada, tanpa teragak2.

Untuk mencapai kecemerlangan kita memerlukan hati yg bulat, begitu juga utk bahagia kita memerlukan hati yg satu, sama ada telah kita berikan kepada seseorang atau masih kita simpan sendiri.

Biar kepada siapa hati itu telah diberikan, pastikan pemberian itu ikhlas sebab pulangannya serupa. Jika anda memberikan hati separuh2, anda akan mendapat separuh; jika anda memberikan kesemuanya, anda akan mendapat kesemuanya semula.

Cinta yg tulus mmg memerlukan pengorbanan. Salah satu pengorbanan yg perlu dilakukan ialah memberikan hati. Berikanlah keseluruhan hati anda terhadap org yg anda cintai itu, jgn simpan2 lagi. Tak usah reserve utk org lain, nanti anda jg mendapat sebhgian sj hatinya.

Jujurlah dgn hati sebab kebahagiaan kita letaknya di situ. Hati yg tdk tenang bermula drp hati yg dicebis2kan utk diberikan kpd ramai org, yg sebenarnya tdk berhak terhadapnya.

Hatimu untuk siapa? Sebenarnya satu pertanyaan yg perlu ditanyakan oleh setiap org terhadap dirinya sendiri. Benarkah hatinya telah diberikan sepenuhnya utk orang yg berhak atau berkecai dan kini berada di dalam diri ramai orang yg tdk sepatutnya menerima?

Setiap kita memerlukan jawapan jujur sbb kedudukan hati kta hanya kita yg tahu keadaan dan statusnya. Jujurlah dlm memberikan jawapan. Kejujuran anda mmg bermula drp hati yg betul. Jika anda telah mencemamaikan hati dan selalu tdk berlaku jujur terhadapnya, anda sukar memberikan jawapan setulusnya.

Hatimu untuk siapa? Sama ada anda merelakan ia berpindah ke insan lain atau anda simpan sendiri, itu hak anda yg tiada siapa dapat mempertikaikannya. Namun sekiranya hati itu hendak diberikan kpd seseorang, biarlah seseorang itu insan yg betul kerana jika insan yg salah menerimanya, anda akan terus bersalah.

Fikir, renung dan tengok.

0 ulasan:

Catat Ulasan