Ahad, 11 Oktober 2009

SALING MEMOTIVASI & DIMOTIVASI

Motivasi amat diperlukan dalam hidup. Nisbahnya spt makanan ruji. Kalau nasi perlu diambil setiap hari utk memastikan stp bhgian tubuh mendapat tenaga yg diperlukan utk ia berfungsi cemerlang, minda, hati dan perasaan jg perlu diberi makan dan rangsangan. Makanan dan rangsangannya tdk lain- motivasi.

Jika ada org mendakwa dia tdk perlukan motivasi krna sudah mencapai semua yg diingininya dalam hidup, dia sbnrnya sdg terperangkap dlm definisi motivasi yg sempit dan jumud.

Kalau motivasi diibaratkan nasi, ia sentiasa blh dipelbagaikan resepinya selain yg biasa kita tahu – nasi goreng, nasi lemak, nasi paprik, nasi minyak, nasi beriani, nasi kepal. Motivasi juga blh dipersembahkan dgn acuan2 yg berbeza hingga menyelerakan tekak orang yg langsung tdk berminat dgnnya.

Hakikatnya tiada siapa yg tahu semua perkara. Pandai tang ini bodoh tang itu. Pandai tang itu bodoh tang ini. Motivasi adalh pemudah cara utk memahami byk benda dalam hidup ini, baik yg berada di luar dan dapat dilihat dlm bentuk benda, juga yg berada dan tersembunyi jauh di dalam. Yang tersembunyi di dalam inilah yg sukarnya. Lantaran ia sukar dikenali dan biasanya tdk disedari oleh tuan punya diri.

Selamat bermotivasi utk kecemerlangan hidup…

Ahad, 27 September 2009

MELANKOLIK


Setiap hari yang berlalu,

Ada kisah yang tertinggal.

Ada yang dapat dicoret dengan senyum.

Ada yang dapat dikisah dengan kata.

Ada yang cuma tinggal terkapai tanpa ungkapan...


Ombak...
Bawalah pergi denganmu
Pahit kedukaan
Perjalanan hidup ini
Hanyut biar tenggelam
Biar jauh ke dasaran
Tak mahu lagi menoleh
Biar sedetik

Pantai
Jangan sedih lagi
Aku kan temani hatimu
Biar sepi di pinggiran
Malam kan tiba
Bawa bintang menghias
Angin kan sampai
Hiburkan sunyimu

Ombak… aku rela
Walau pantaiku sendiri lagi…


Jumaat, 25 September 2009

KENAPA KITA MENUTUP MATA KETIKA TIDUR?


Kenapa kita menutup mata ketika kita tidur?

ketika kita menangis?

ketika kita membayangkan?


Ini kerana hal terindah di dunia TIDAK TERLIHAT…kita semua agak aneh…dan hidup sendiri juga agak aneh… dan ketika kita menemukan seseorang yang dinamakan CINTA.. ada hal-hal yang tidak ingin kita lepaskan.. orang2 yang tidak ingin kita tinggalkan… tapi ingatlah, melepaskan bukan akhir dari dunia, melainkan awal suatu kehidupan baru…


Kebahagiaan ada untuk mereka yang menangis, mereka yang tersakiti, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Kerana merekalah yang bisa menghargai betapa pentingnya orang yang telah menyentuh kehidupan mereka.


CINTA YANG AGUNG?

Adalah ketika kamu menitiskan air mata dan MASIH peduli terhadapnya. Adalah ketika dia tidak mempedulikanmu dan kamu MASIH menunggunya dengan setia…adalah ketika dia mulai mencintai orang lain dan kamu MASIH bisa tersenyum sambil berkata ‘aku turut berbahagia untukmu’.


Apabila cinta tidak berhasil, bebaskan dirimu…. Biarkan hatimu kembali melebarkan sayapnya dan terbang ke alam bebas lagi. Ingatlah, bahawa kamu mungkin menemukan cinta dan kehilangannya. Tapi ketika cinta itu mati, kamu tidak perlu mati bersamanya…


Orang terkuat bukan mereka yang selalu menang, melainkan mereka yang tetap tegar ketika mereka jatuh. Entah bagaimana, dalam perjalanan kehidupan, kamu belajar tentang dirimu sendiri…dan menyedari bahawa penyesalan tidak seharusnya ada. Hanyalah penghargaan abadi atas pilihan2 kehidupan yang telah kau buat.


TEMAN SEJATI?

Mengerti ketika kamu berkata ‘aku lupa’…menunggu selamanya ketika kamu berkata ‘tunggu sebentar’…tetap tinggal ketika kamu berkata ‘tinggalkan aku sendiri’…membuka pintu meski kamu belum mengetuk dan berkata ‘bolehkah aku masuk?’


MENCINTAI….

bukanlah bagaimana kamu melupakan, melainkan bagaimana kamu memaafkan….

bukanlah bagaimana kamu mendengarkan, melainkan bagaimana kamu mengerti….

bukanlah apa yang kamu lihat, melainkan apa yang kamu rasakan….

bukanlah bagaimana kamu melepaskan, melainkan bagaimana kamu bertahan…


Lebih berbahaya mencucurkan airmata dalam hati, dibandingkan menangis tersedu2. Airmata yang keluar dapat dihapus, sementara airmata yang tersembunyi menggoreskan luka yang tidak akan pernah hilang.


Dalam urusan cinta, kita sangat jarang menang…tapi ketika cinta itu tulus, meskipun kalah, kamu tetap menang hanya kerana kamu berbahagia dapat mencintai seseorang…lebih dari kamu mencintai diri sendiri.


Akan tiba saatnya di mana kamu harus berhenti mencintai seseorang. Bukan kerana orang itu berhenti mencintai kita, melainkan kerana kita menyedari bahawa orang itu akan lebih bahagia apabila kita melepaskanya.


Apabila kamu benar2 mencintai seseorang, jangan lepaskan dia..jangan percaya bahawa melepaskan selalu bererti kamu benar2 mencintai, melainkan berjuanglah demi cintamu….itulah cinta sejati!


Lebih baik menunggu orang yang kamu inginkan daripada berjalan bersama orang yang tersedia. Lebih baik menunggu orang yang kamu cintai daripada orang yang berada di sekelilingmu. Lebih baik menunggu orang yang tepat kerana hidup ini terlalu singkat untuk dibuang hanya dengan seseorang yang tdk bermakna untukmu.


Kadang kala, orang yang kamu cintai adalah orang yang paling menyakiti hatimu dan kadang kala teman yang menbawamu ke dalam pelukannya dan menangis bersamamu adalah cinta yang tidak kamu sedari.


And now find Your love……………



Khamis, 27 Ogos 2009

AYAH KAU PESAN...


Semalam aku jumpa ayah kau
Dia ingat lagi kat kau tapi kau ingat ke kat dia???
Dia nampak macam risau je…


Aku tanya kenapa nampak macam risau je??
Dia jawab “Pak Cik teringin nak jumpa anak pak cik”..
Dia cakap kalau dia tak sempat nak jumpa dengan kau
Dia ada tingalkan pesan..


AYAH KAU PESAN..
Jangan kau lupa pada Tuhan
Takut nanti Tuhan pula lupa pada kau.


AYAH KAU PESAN..
Bila berkawan jangan berperang
Takut nanti kalau sakit, takde kawan yang hendak datang.


AYAH KAU PESAN..
Kalau kau sesat, janganlah malu hendak bertanya orang
Supaya kau boleh nampak jalan pulang.


AYAH KAU PESAN..
Bila dah senang nanti, jangan kau lupa pada ibu bapa
Takut nanti kau jadi macam TANGGANG anak DERHAKA!!


AYAH KAU PESAN..
Jangan lupa segala pesan
Sebab tak ada apa yang dia hendak bekal
Kerana dia sudah pergi ke BATU NISAN!!!


“Sayangi dan hormatilah bapa,ayah,abah,abi,babah,daddy,dad dan segala apa yang anda panggil seorang insan yang bergelar bapa dan suami sementara mereka masih hidup.Kerana merekalah insan yang telah membesarkan kita,memberi kita makan,memberi kita minum dan melayan karenah kita ketika kita masih kecil.

***secebis ingatan utk kita semua yg bergelar anak...

Ahad, 23 Ogos 2009

SEJENAK...

Salam Ramadhan...

xtau nak coret apa sbnrnya, yg pasti saat ini hati bgi tersiat, pilu, pedih...

ingin rsanya menjauh dr segalanya tp byk perkara menghambat,

membuat aku tetap terikat pd bumi yg sdg kupijak.

sakit, ya mmg sakit...

Ramadhan ini disambut dgn pnh kepiluan yg bnr2 menggigit tangkai hati...

Ayah kmbli ke Rahmatullah di saat smua org sibuk menyiapkan persiapan smbt puasa.

Ayah da xda...

Ayah da pergi tinggalkan kami..

Aku, adik2, mak..

Smbt puasa tnpa Ayah rasa sepi sekali..

tiada lagi teriakan Ayah di hening pagi,

mengejutkan kami utk bersahur...

sepi....

bnr2 sepi.

Ahad, 9 Ogos 2009

HATIMU UNTUK SIAPA

Kepada siapa hatimu harus diberikan, memerlukan satu jawapan jujur, tulus lahir dari lubuk jiwamu. Sama ada kita sudah mempunyai pasangan atau tidak, apakah hati masih milik kita atau telah kita berikan kepada insan lain. Untuk siapa hatimu, jawablah dengan senada, tanpa teragak2.

Untuk mencapai kecemerlangan kita memerlukan hati yg bulat, begitu juga utk bahagia kita memerlukan hati yg satu, sama ada telah kita berikan kepada seseorang atau masih kita simpan sendiri.

Biar kepada siapa hati itu telah diberikan, pastikan pemberian itu ikhlas sebab pulangannya serupa. Jika anda memberikan hati separuh2, anda akan mendapat separuh; jika anda memberikan kesemuanya, anda akan mendapat kesemuanya semula.

Cinta yg tulus mmg memerlukan pengorbanan. Salah satu pengorbanan yg perlu dilakukan ialah memberikan hati. Berikanlah keseluruhan hati anda terhadap org yg anda cintai itu, jgn simpan2 lagi. Tak usah reserve utk org lain, nanti anda jg mendapat sebhgian sj hatinya.

Jujurlah dgn hati sebab kebahagiaan kita letaknya di situ. Hati yg tdk tenang bermula drp hati yg dicebis2kan utk diberikan kpd ramai org, yg sebenarnya tdk berhak terhadapnya.

Hatimu untuk siapa? Sebenarnya satu pertanyaan yg perlu ditanyakan oleh setiap org terhadap dirinya sendiri. Benarkah hatinya telah diberikan sepenuhnya utk orang yg berhak atau berkecai dan kini berada di dalam diri ramai orang yg tdk sepatutnya menerima?

Setiap kita memerlukan jawapan jujur sbb kedudukan hati kta hanya kita yg tahu keadaan dan statusnya. Jujurlah dlm memberikan jawapan. Kejujuran anda mmg bermula drp hati yg betul. Jika anda telah mencemamaikan hati dan selalu tdk berlaku jujur terhadapnya, anda sukar memberikan jawapan setulusnya.

Hatimu untuk siapa? Sama ada anda merelakan ia berpindah ke insan lain atau anda simpan sendiri, itu hak anda yg tiada siapa dapat mempertikaikannya. Namun sekiranya hati itu hendak diberikan kpd seseorang, biarlah seseorang itu insan yg betul kerana jika insan yg salah menerimanya, anda akan terus bersalah.

Fikir, renung dan tengok.

Isnin, 3 Ogos 2009

EMPAT GLGN LELAKI YG DITARIK OLEH WANITA KE NERAKA

Pertama:- Ayahnya

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.. tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

Kedua:- Suaminya

Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri.. walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Ketiga:- Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepala abang-abangnya.. jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM.. tunggulah tarikan adiknya di akhirat.


Keempat:- Anak Lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak.. nantikan tarikan ibunya.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat...maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidak silap firman ALLAH S.W.T.:-

"Hai anak adam peliharakanlah diri kamu serta ahli keluarga kamu dari api neraka, di mana bahan pembakarnya ialah manusia dan batu-batu.."

Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda... kasihankanlah mereka dan diri kamu sendiri.. jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan ikhlas...

p/s: untuk renungan bersama...saya, anda, dan yang mahu mengerti dan ambil tahu.......

Ahad, 7 Jun 2009

>MEMBURU ATAU MEMBINA IMPIAN


Ketika memandu di belakang sebuah kenderaan di lebuh raya, hati tertarik pada stiker yang dilekatkan di belakang cermin keretanya. Terpampang dalam font yang cantik,

“DREAM CHASER”.

Stiker itu menimbulkan pelbagai pertanyaan di otak fikiran, adakah pemandunya masih lagi mengejar impian ataupun sedang membina impian? Agaknya berapa lama dia mengejar impiannya, adakah impiannya semakin dekat ataupun semakin jauh? Ataupun adakah impian hanya tinggal impian tanpa usaha untuk mencapainya?


Sekali imbas, stiker berkenaan ada meninggalkan kesan melankolik kerana setiop manusia pastinya mempunyai impian masing-masing. Sejauh mana impian itu sudah tercapai, tidak dapat dipastikan kerana ia bergantung pada usaha sendiri. Persoalannya, adakah impian itu masih lagi menjadi impian ataupun impian itu sudah membentuk dan menjadi sebahagian realiti kehidupan?


Apa juga impian yang didambakan ia adlah satu harapan indah. Ia mungkin sekadar angan-angan kosong yang mewarnai minda ataupun ia mungkin jadi detik pemula yang mencetus semangat untuk menikmati kehidupan lebih baik pada masa depan. Bagaimana pula dengan saiz impian kita itu? Apakah pada logiknya ia mampu dicapai ataupun kita merasakan ianya terlalu besar sehinggakan kita sendiri takut untuk bermimpi, bimbang tidak tercapai tangan!


Yakinilah rezeki ALLAH SWT ada di mana-mana.


Saya yakin jika berusaha gigih, pasti kejayaan yang kita impikan itu menjadi milik kita.


Bagaimana melakukannya?


Pertama sekali perlu ada matlamat dan impian yang besar. Matlamat ini yang menjadi kompas dan impian itu pula sebagai pendorong yang membakar semangat untuk bertindak.


Kejayaan adalah satu perjalanan yang tiada titik noktah. Kejayaan yang kita capai mungkin kejayaan-kejayaan kecil sebelum terkumpul dan menjadi satu kejayaan besar. Selain sikap dan sifat-sifat positif yang perlu ada pada diri seseorang, ada tiga perkara utama yang patut dijadikan tonggak kejayaan.


Pertama : BUKU YANG DIBACA

Kedua : SIAPA YANG KITA DAMPINGI

Ketiga : KELAS ATAU SEMINAR YANG DIHADIRI


Dalam apa jua yang dilakukan, kita perlu ada ilmu. Untuk berjaya dalam sesuatu bidang, penting mempunyai ilmu dalam bidang berkenaan. Begitu juga bagi mereka yang ingin menjadi pakar dalam bidang masing-masing. Ilmu ini perlu dipelajari dan dipertingkatkan dari masa ke semasa. Ia adalah kunci kejayaan!


Sebagai manusia, kita memang akan terbawa-bawa dengan perasaan semalam. Semalam adalah semalam, hari yang sudah lepas, sudah menjadi sejarah dan boleh diingat hanya sebagai kenangan. Apa yang berlaku semalam, tidak seharusnya menjadi kayu pengukur hari in kerana hari ini adalah hari baru, hari yang berbeza dalam hidup kita. Sebaiknya corak hari ini dengan lukisan yang lebih baik dan cantik dari semalam manakala hari esok lebih baik dari hari ini.


Apabila minda sudah mampu membuat pilihan, laluan kejayaan semakin jelas dan impian diidamkan semakin hampir dan mampu dicapai. Minda kita adalah satu platform, planet ataupun dunia kita.


Fikirlah…..

Kerana……

Kita adalah apa yang kita fikirkan…………………..


Selasa, 31 Mac 2009

KACALAH DIRI TATKALA BERCERMIN




Setiap kali anda berkaca di hadapan cermin, apa yg anda fikirkan?Akukah ini? Digilai dan menggila untuk digilai? Atau anda menekup muka lalu melarikan diri dari cermin dan rasa tidak sanggup lagi berkaca?

Cermin membiaskan cahaya. Apabila dua cermin saling bertemu, cahaya yg terbias terpacul pd muka cermin yg satu lagi. Cermin itu jg akan membiaskan bayang2nya dan akhirnya kedua2 muka cermin akan saling terbias dan membias.

Cermin menghadap cermin, yg terhasil adalh biasan lbh kuat. Wajah anda menghadap cermin, yg terhasil adlh wajah anda yg sebenar. Apakah tiada sebarang kekuatan yg dapat anda tafsirkan drp wajah yg dirawat saban hari? Atau apakh anda berasa terlalu sempurna hingga merasakan ckup dgn wajah yg sedia ada dan tak perlu dirawat lagi?

Di hdpn cermin, anda akan temui bayangan anda sendiri. Bayangan itu adalh kemampuan anda yg sebenar, yg sebenarnya amat kuat dan luar biasa sekali. Ketakterbatasan yg memberi kekuatan utk menembus batas rintangan diri, yg sbnrnya dibiaskan olh diri anda sendiri. Berkacalah pd diri sendiri, dan temukan kekuatan anda di situ.

Cerminlah diri anda dgn cermin diri anda sendiri. Singkirkan cermin2 diri org lain. Di sana hanya terlihat kekurangan dan kelemahan anda yg akan memupuk ketidakpuasan. Dan ini akan mejerumuskan anda ke dalam jurang kekecewaan.

Apabila anda mula berasa kecewa dgn diri sendiri, anda telah meletakkan cermin yg salah dan keunikan2 yg tersembunyi itu akan lebih sukar ditemukan. Anda adlh diri anda sendiri. Anda dgn semua keistimewaan yg ada pasti mampu memiliki jalan2 keberhasilan sendiri. Kekuatan anda terletak pd wajah yg terpapar di cermin, bgmana anda merawatnya akan menentukan persepsi orang thdp anda.

Wajah hanyalah simbolik pd kekuatan sebnr yg anda miliki. Dgn berasa puas tatkala berkaca, begitulah cermin hati anda yg sebenarnya. Anda bkn org lain. Anda adlh anda yg memiliki jalan keberhasilan sendiri. Mulai hari ini, dgn menatap wajah anda sendiri, carilah bayangan yg tak terhingga itu. Di sana ada kekuatan yg akan membawa anda ke puncak keberhasilan.

Berkacalah dgn cermin diri,jgn berkaca dgn wajah orang. Kelak anda temukan kekuatan sbb kekuatan itu duduknya di hati, sedangkan berkaca di wajah org, hati anda akan dibuai iri.





Jumaat, 27 Mac 2009

SIAPA TINGGALKAN SIAPA?





“Aku sudah enam kali bercinta, dan dalam tempoh enam kali berpasangan itu, aku yang tinggalkan. Saya memandang saja wajah selambanya, antara kagum, terkejut dan sakit hati.


Been picked up, tried on, taken home, returned, dan akhir sekali diletakkan semula di dalam rak ‘barangan terpakai’. Tentu ramai drp kita melalui pengalaman ini. Berkasih kemudian ditinggalkan. Atau berkasih kemudian meninggalkan. Seperti kawan lelaki saya tadi, siapa meninggalkan siapa amat penting, kerana ia adalah simbol kelemahan, kekuatan, siapa yg lebih berkuasa, dan siapa yg lembik seperti sayur.


Seperti kita semua, wanita, apakah yg membuat ramai drp kita tekad meninggalkan lelaki yg kita kasihi?


Kata seorg kawan baik, institusi hati wanita, dalam kebanyakan perhubungan, selalu digerakkan oleh naluri material. Siapa yg mahu berkawan dgn lelaki yang duitnya cuma lepas utk makan minum sendiri dan stok Dunhill 12 saban bulan? Siapa yg mahu berapatan dgn lelaki yg hndk tuang minyak motornya pun tdk berduit dan masih berkepit bwh ketiak emak bapak waktu poket kering tengah bulan?


Memang duit bkn perkara pokok, namun kesediaan lelaki menunjangi perhubungan dia jg perlu bersiap-siaga dgn bbrpa bntuk ‘bil-bil perhubungan’ –Bil makan sekali-sekala, nonton wayang sekali-sekala, petrol kereta sekali-sekala, sekeping dua kad ucapan sekali-sekala, hadiah2 kecil yg jg sekali-sekala. Jika lelaki tdk mampu menguruskan dirinya dan kewangannya sewaktu masih solo, maka apakah dia boleh mengatur seorang wanita lain dalam hidupnya?


Seperti dia ini jg, apa kata kita memanggilnya Trisna. Empat tahun Trisna berkenalan dan berapatan dgn Eddy. Dan sepnjg tempoh berkawan, tdk prnh sekalipun Trisna melihat Eddy culas menjelaskan bil makan bila keluar dating, dan ada kalanya jg Eddy murah sungguh hatinya menjelaskan bil telefon Trisna saban bulan kerana katanya, “Tak apa ada duit lebih, you pun bknnya menelefon org lain, menelefon I jg.”


Memanglah Trisna sentiasa awas dan waspada tatkala berkenalan dgn lelaki baru, tetapi kali ini hatinya benar2 positif, Eddy lah orgnya. Maka kwn sy Trisna dan Eddy akhirnya mendirikan rumahtangga. Sudah dua tahun lebih perkahwinan berlalu, sangka sy Trisna kencana lagi bahagia dgn hidupnya yg baru. “Berkahwin dgn Eddy adlh kesilapan yg plg besar yg pernah aku buat,” katanya bbrpa minggu yg lalu, membuat sy trkejut dan bingung-apakh sakti cinta sudah lucut drp dua hati ini?


Kata Trisna, masalahnya skrg, dia bnr2 tdk tahan dgn perangai Eddy yg lepas tgn dan semuanya harap ke bini sj.Bil telefon rumah, itupun mencanak2 krna Eddy yg selalu menelefon familinya, Trisna yg terpaksa jelaskan. Bil elektrik dan air naik, itupun melambung drp biasa krna Eddy suka sgt mengangkut saudara-maranya berlonggok-berlambak di rumahnya, Trisna jg perlu bayarkan, takut nanti rumah bergelap dan paip dp sinki dapur kering-kontng pula. Duit dapur jg pandai2 Trisna yg mahu uruskan. Kalau beras, gula, bawang atau cili kering habis dan Trisna lihat Eddy buat2 tdk tahu atau liat sgt mahu ke kedai, maka dia jglah yg perlu menguruskannya sendiri. Habis kuat pun, Eddy sama2 mengekor ke pasaraya tlg jinjit kampit beras tp bila masa gadis kaunter keluarkan resit bayaran, Eddy buat2 tak nampak dan cepat2 capai troli buat2 sibuk memunggah barang..


Jadi, begitulah cinta hati Trisna. Kacak, bergaya, macho, manja dan Tidak Boleh Diharap!


I’m not complaining, kata Trisna selalu, mgkn utk menyedapkan hati sendiri. Tetapi bgmna mgkn perkahwinan ini menjadi satu rumpun rumah yg bahagia kalau satu pihak saja yg terpaksa menelan semua kesusahan dan satu pihak lagi menjadi dedalu sambil terus segar-bugar dr masa ke masa? Adakah patut aku mengalah dan meninggalkan Eddy stlh lbh drp 24bulan berjaya diharungi dgn tabah dan cekal?


Tiada siapa antara kami, teman2 Trisna, berani memberikan pendapat kami yg kebanyakannya sama-Pergi jahanam sama Eddy. Sementalahan kami tdk mahu Trisna menyesal di kemudian hari ats keputusan yg diambil, lbh2 lg menyalahkan kami atas segala musibah dan kecelakaan rumahtangga yg menimpa.


Jika benar dia komited mahu meningggalkan Eddy, maka ia akan menjadi keputusan plg sukar yg pernah diambil seumur hidupnya. Tetapi memetik kata kawan2 “Siapa mahu suami trofi?” siapa mahu makan hati berulam jantung dgn tingkah jelik psgn sendiri? Namun kami percaya, jka Eddy enggan berubah, apakah perpisahan itu salah, sementalahan mrka msh belum dikurniakan cahaya mata.


Pisau dan mentimun ada di tangan Trisna skrg. Terpulanglah bgmana dia mahu menggunakannya.

Trisna dan Eddy adlh satu peristiwa kecil dlm perkahwinan yg blh membawa kpd perpisahan dan keputusan meninggalkan.


Bachelor attitude is fine, spt kata kawan sy Rina, Akim mmglah tak berubah2 dr zaman kampus sehingga skrg, suka sgt memakai jeansnya yg lapuk-hapak-kesam-pusam-masam berhari2, berminggu2, berbulan2. Sampaikan baunya sudah bertukar drp bau asam boi menjadi bau ikan masin! Namun itulah Akim, dan attitude bujangnya yg hodoh, dibawa sma sehinggalah dia mengahwini Rina. Namun sprt yg ditegaskan Rina, bau ikan masin pun ikan masinlah, katanya, “janji dia melayan aku dgn baik, dia tak pernah mengabaikan tggjwb sbg suami,” kata Rina lagi.


Dalam kes Rina-Akim, tdk timbul persoalan siapa meninggalkan siapa. Spt Rina jika dia mahu, dia blh saja angkat kaki, berlalu dan hinggap pd lelaki lain yg sekurang2nya tdk berbau ikan masin spt Akim. Namun krna janji kasih sayang dipegang dan dihormati, maka semuanya baik2 saja. Akim pun mmglah tdk sekacak mana, namun krn dia memahami erti perkahwinan dan tggjwb lelaki, maka semuanya dilalui dgn bahagia.


Kita wanita, mmg lumrah mahu membentuk dan melentur semula personaliti merangkap peribadi lelaki kita. Ini mmg biasa. Tdk semua skp bujang molek dibawa shgga alam perkahwinan. Perkahwinan adlh satu institusi yg dirahmati, perkahwinan utk mereka yg slg mengerti, perkahwinan utk dua jiwa yg slg menghormati, perkahwinan lbh sentosa jka kita tdk mudah melatah dan tdk terburu2 utk slg mengugut dan menggertak sesama sendiri.


Untuk berpisah, kita mgkn cuma memerlukan sesaat dua melakukannya. Susah payah mencantumnya selama ini, bisakah kita melupakannya begitu saja?



Jumaat, 20 Februari 2009

>APABILA KEYAKINAN DIRI BERKECAI




Semalam saya mendapat berita seorg rakan kehilangan kerja. Ia mengharukan saya kerana jawatan yg dijawatnya dahulu seolah2 satu anugerah kpdnya setelah bbrpa bulan menggangur dan dalam waktu yg sama suami meninggalkannya kerana mengejar cinta wanita lain. Dia ditinggal dlm kedukaan dan menanggung hutang membebankan dada. Justeru itu, dalam saat seduka itu mendapat jawatn yg bagus dgn gaji yg lumayan adalah satu anugerah baginya.

Terasa baru samalam saya berkongsi kegembiraannya dan juga keghairahannya ingin menafaskan hidupnya bersama anak2 dgn semangat yg baru digenggam. Baru 6 bulan dia menikmatinya, semalam segalanya berkecai apabila dia mendpt surat perkhidmatannya ditamatkan. Dia hilang segalanya dan paling menyedihkan keyakianan dirinya turut ranap.

Seorang rakan yg begitu akrab dgn saya merupakan wanita yg kreatif idea dan tinggi cita2. Apabila dia mahukan sesuatu, dia tdk gentar membentangkan business plannya kpd sesiapa shj yg dirasainya berpotensi sbg rakan niaga. Di kalangan rakan2 dia adalah kekuatan, penyelesai masalh, dan org yg dipercayai dgn sbrg tugasan. Namun apabila syarikat yg diterajuinya meghadapi masalah dan rakan kongsi turut menghukumnya sbg penipu, dia hilang segalanya dan paling menyukarkan keyakinan dirinya turut lebur.

Begitu juga mgkin ada yg menangisi kerana gagal memenangi kasih se2org yg kita sayang dan dambakan. Andai pintu kasihnya tertutup buat kita, mangapa terus mengetuk? Kita tdk mahu mati kecewa di hdpn pintu yg tertutup rapat bt kita. Kita tdk mahu mati spt Devdas yg menghukum diri hanya kerana gagal disatukan dgn Paro. Kekadang cerita sebegini terlalu idelistik, meletakkan cinta bukan di tempat seharusnya. Masih luas hidup ini yg blh kita teroka dgn peluang terbuka. Masih ramai orang2 menarik yg blh kita jumpa dalam hidup ini. hidup tdk berakhir apabila satu pintu tertututp buat kita.

Acap kali dlm saat sebegini kita memerlukan se2org utk berkongsi rasa. Ia bknnya se2org yg hadir utk memberi nasihat atau mengesahkan kebodohan, kesilapan mahupun mengingatkan kita pada beban yg kita tanggung. Kita hanya memerlukan se2org utk bersama kita, mengerti apa yg kita tanggung dan mendengar tanpa niat menghukum atau mencerca. Kita hanya memerlukan se2org yg dpt mendengar jeritan batin kita, bknnya se2org yg sibuk mencari penyelesaian dan membuat keputusan untuk kita, saat kita bberkongsi kekecewaan.

Mungkin dlm menjalani hidup,kita hlg keyakinan diri krna kegagalan demi kegagalan yg kita tempuhi. Apabila berlakunya ujian sebegini, keyakinan diri punah dan kita berasa hilang peluang utk mengharapkan kebahagiaan dunia.

Sedang hakikatnya inilah masanya utk mengisi ruang kosong tersebut dgn sstu yg lebih bermakna; peluang yg ALLAH berikan hanya utk hamba yg dipilihNya. Peluang utk bermunajat dan mengadu kepadaNya. Peluang utk membina kekuatan diri dgn bergantung pada yg MAHA KUAT...


:: segalanya terpulang pada diri kita, bukannya pada keadaan yg kita biar2kan. Apakah kita mahu hidup terus dibiar kosong atau menjadikan ia lebih bermakna agar kita tdk mati kebosanan @ tua kecewa...



Rabu, 18 Februari 2009

>SUMBER INSPIRASI



Terima kasih untuk ANDA semua... Anda adalh anda, yang berani dan yakin dalam mencipta dunia masing2. Mengenali dan menbaca setiap catatan terbitan ANDA semua membuat saya tertanya siapa ANDA di sebalik semua cerita ini...???

Saya suka dan sgt srnk membaca setiap catatan ANDA. DAn ya, ianya menjadi sumber inspirasi dan kekuatan utk sy dan mgkin juga pada pembaca yang lain. Membacanya membuat saya terpegun... tdk dinafikan ada juga yg membuat catatan yg pd saya mengarut, tdk masuk akal, tdk membina.....

Saya baru belajar, masih byk yg ingin dipelajari, msh byk yg perlu diteroka...


Selasa, 17 Februari 2009

>AKU DAN DIRIKU



aku bukan perenang
yang bisa mengharungi lautan
melawan ombak mendatang
tapi aku bisa menyelam
mencari butiran tiram
untuk kujadikan ilham

aku bukan pemanah
yang sering menepati sasaran
bila panahan dilepaskan
tapi aku bisa melempar
menepati garis bertanda
walau kekadang ku tersasar

aku bukan penyair
yang bisa memukau pembaca
dengan susunan kata puitis
tapi aku bisa menulis
walau hanya aku yang mengerti
makna tersirat di baris kata

aku bukan cendikiawan
juga bukan karyawan
aku bukan sesiapa
aku hanya manusia biasa
yang cuba berfikir luar dari biasa
agar hidup menjadi luar biasa






Isnin, 16 Februari 2009

>IMPIAN YANG TERCURI




Saya ingin berkongsi sdkt kisah tntg seorg gadis yang bercita2 ingin menjadi ballerina terkenal. Si gadis tdk sabar2 utk mengejar impiannya dan pada suatu hari datang pencari bakat ke bandar tempat tinggalnya. Si gadis menunjukkan persembahannya dgn penuh semangat tetapi si pencari bakat berkata bahawa gadis tersebut tiada potensi untuk berjaya. Gadis tersebut tersangat kecewa dan hilang keyakinan diri.

Lalu dia berkahwin , mendapat anak dan hanya menjadi suri rumah sepenuh masa. Beberapa tahun kemudian, pencari bakat datang semula ke bandar tersebut dan wanita tadi turut menonton persembahan yang dibawanya.

Wanita tersebut berkesempatan berjumpa perncari bakat yang pernah menghakiminya dan tiba2 teringat untuk bertanya tentang kegagalannya. Kata pencari bakat tersebut dia bukannya melihat sangat ketika wanita itu membuat persembahan dahulu. Wanita tersebut menjadi marah dan menyalahkan si pencari bakat kerana kegagalannya untuk menjadi ballerina terkenal.

Kata si pencari bakat
" Anda tdk mungkin menjadi ballerina terkenal kerana orang yg berjaya, apabila dia mempunyai keazaman dia akan terus berusaha tanpa menghiraukan apa yg orang kata. Dia tdk akan membiarkan impiannya dicuri orang".

Mari kita analisa diri kita secara jujur, di mana kita.

Apakah kita turut membiarkan keyakinan diri goyah dan menamatkan impian kita hanya kerana pandangan orang serta perbuatan org terhadap kita?

Apakah kita juga spt gadis itu yg bercita2 menjadi ballerina terkenal tetapi membiarkan impian kita dicuri orang?

Fikirkan dan buatlah sesuatu jika benar kita begitu...



Ahad, 15 Februari 2009

>PERTEMUAN BUKAN MILIK KITA





Pertemuan
Menghadiahkan kita kasih sayang
Jika cinta satu pasti bertemu
Ia tidak ternilai
Kerana antara hati kita
Telah tiada taranya lagi

Kita berpisah hanya sementara
Kerana pertemuan bukan milik kita
Jasad dan suara berjauhan sentiasa
Namun cinta abadi...

Biar terpisah selalu menderita
Kerana syurga menagih ujian
Sedang neraka dipagari oleh nikmat
Bertemu tidak jemu
Berpisah tak gelisah

Bicara kita adalah bicara sufi
Tanpa suara
Dan kata-kata
Kerana penghubung kita
Hanyalah suara hati
Bertemu berpisah kerana ALLAH.....

Sabtu, 14 Februari 2009

>PEREMPUAN, LELAKI & SEKAKI PAYUNG???




mahu ke mana adik yang manis
jalan sendiri tiada berkawan
di tengah rintiknya hujan gerimis
habis basah kuyup aduh kasihan

aku mahu pergi ke rumah paman
yang tiada jauh dari kampungku
tiada kusangka hari kan hujan
habis basah kuyup seluruh tubuh

apakah adik mahu abang tolong
mari bersama kita berpayung...


Pernah dengar lagu lama ini? dan di sinilah bermulanya segala cerita tentang perempuan, lelaki dan sekaki payung. Apa kaitan antara ketiga2 perkara ini?

Perempuan, lelaki & sekaki payung. Ianya bermula di sebuah kedai makan, di pinggir kota. Setelah selesai menjamu selera, si gadis kelihatan buntu ketika kakinya melangkah keluar dari kedai tadi. Rupa2nya hujan lebat sedang berpesta menginjak bumi, sedangkan si gadis tadi tidak mempunyai payung. Aduh...runsing hati si gadis memandangkan hari akan beransur gelap tidak lama lagi.

Sedang benaknya ligat memikirkan alternatif untuk meredahi hujan, tiba2 muncul sang jejaka menghulurkan bantuan.

Katanya...
"I tak ada kereta, tapi I rasa U perlukan ini"
ujarnya sambil mengunjukkan sekaki payung pada si gadis tadi.
Sekuntum senyuman yang hangat dilemparkan pada si gadis tadi. Sambil membalas senyuman, dengan hormatnya si gadis tadi menolak bantuan sang jejaka.
"Tak mengapalah saudara, saya yakin saudara juga perlukannya. Terima kasih saja."

Adat dunia, lelaki mana yang tidak ego. Terasa diperkecilkan setelah bantuan yang dihulur ditolak mentah2.
"Ah.....pantang anak lelaki kalau bantuan yang dihulur tidak bersambut, umpan yang dihulur tidak dimakan." sang jejaka bermonolog sendiri.
Jikalau tadi minda si gadis ligat berfungsi, kini akal sang jejaka pula ligat mencari idea2 baru untuk memulakan perbualan setelah umpannya tadi tidak 'sangkut'!

Hujan kian galak menari. Jurai tarinya semakin ligat dihiasi tiupan sang angin. Si gadis semakin cemas. Mana tidaknya, hari semakin menginjak malam dan bas terakhir pula akan berlepas pukul 9.30malam. Menyedari kegelisahan si gadis, sang jejaka sekali lagi mencuba umpannya..

"Hari dah lewat saudari, saya khuatir saudari akan ketinggalan bas. Marilah saya payungkan saudari ke stesen bas," ujarnya sekali lagi melemparkan umpannya. dan kali ini ternyata usahanya tidak sia2.

Seminggu selepas insiden di kedai makan, kali ini mereka berdua kelihatan bersiar2 di taman bunga. Menonton wayang sudah menjadi agenda bersama di hujung minggu. Ungkapan saudara saudari kini telah pun berganti I, U....(oh..umpannya dah mengena rupanya!)

Hari demi hari berlalu, cinta dipupuk kasih disemai dan rindu menjadi bajanya. Oh... dunia cinta sedang mekar di dalam hati merpati dunia sejoli ini. Dan kemuncaknya, saya menerima kad kecil yang berbau wangi. Tertera di situ "Walimatul Urus".

Itulah kisahnya 5tahun lalu. Baru2 ini saya berjumpa sekali lagi dengannya. Kali ini dia tidak keseorangan, di tangannya terpaut erat jari-jemari kecil anak lelakinya. Setelah lama berbual, secara tak sengaja saya telah bertanyakan tentang mahligai yang dibinanya bersama sang jejaka itu.

"Dia 'payung' yang baik buatku. Aku bersama payungku meredah hujan dan panas bersama2. Aku bahagia sehinggalah aku bertemu seorang gadis yang ingin berkongsi 'payung'ku," ujarnya dengan nada perlahan.

"Jadi bagaimana?" soalku kurang sabar.

"Seharusnya bagaimana? Aku juga menumpang teduh di bawah 'payung' itu. Dan kini, gadis itu juga perlukan perlindungan sama sepertiku suatu ketika dulu. Aku izinkan diriku untuk berkongsi 'payung' kesayanganku kerana aku tahu 'payung'ku ini diciptakan ALLAH swt dengan kemampuan melindungi 4orang sekaligus. Aku mungkin tidak segembira dahulu, namun sekurang2nya 'payung' itu masih menjadi milikku" balasnya bersahaja.

"Maksudmu berkongsi kasih?" gesaku sekali lagi.

"Kami tidak berkongsi kasih, kami hanya berkongsi 'payung' yang sama untuk meneruskan perjalanan hidup ini" tegasnya lagi.

Perbualan kami terhenti di situ setelah dia mengundur diri. Hari hampir hujan katanya. Aku melangkah perlahan sambil memikirkan nasib sahabat, sekaligus memikirkan nasibku sendiri.

Perkahwinan umpama perjalanan seorang wanita bersama sekaki payung. Payung yang diharap dapat melindunginya dari bahang panas mentari mahupun rintik sang hujan. Sewaktu majlis akad nikah, si gadis seumpama diberi sekaki payung yang tertulis dalam azali "PAYUNG INI MAMPU MELINDUNGI 4 ORANG SEKALIGUS!"

Tiba2 setitis hujan mengenai tepat di dahiku.
"Oh tidak... aku tak ada payung!"



Rabu, 11 Februari 2009

>SURAT TERBUKA BUAT LELAKI




WAHAI LELAKI!!!
sudikah anda membaca surat terbuka ini?????
anda mungkin hanya bergelar lelaki dan anak @ mgkn sudah bergelar suami & ayah...ketahuilah sesuatu tntg wanita2 yg berada di samping anda, yg selalu dkt dgn kehidupan anda.

Jangankan anda, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa wanita, hati. fikiran & perasaan lelaki akan resah. Tidak ada anehnya, sebab di situlah letaknya normal tidaknya seorng lelaki.

Apalagi yg tdk ada di syurga, namun Nabi Adam a.s tetap rindukan seorg teman. Itu alangkah Nabi. Betapa anda tdk mahu mengakui anda amat memerlukan wanita di sisi anda. ALLAH tlh memberikan Nabi Adam a.s sebaik2 teman- Siti Hawa. ALLAH juga mgkn tlh memberi anda sebaik2 teman iaitu isteri anda.

Kerana adanya wanita, anda ada se2org utk dipanggil isteri. Kerana adanya wanita, anda dilahirkan olh se2org yg blh dipanggil ibu. Kalau rezeki baik, anda ada anak yg blh dipanggil puteri. Mereka semua adalah wanita. Mereka mernjadi penyeri dlm kehidupan anda.

Djadikan mereka dr tulang rusuk yg bengkok utk diluruskan oleh lelaki, tetapi kalau anda sendiri yg tdk lurus, tdk mgkn anda mampu meluruskan wanita. Tak logik kayu yg bengkok menghasilkan bayang2 yg lurus.

Wanita diperlukan, tetapi kejadian mereka yg berbeza dgn struktur tubuh anda, menjadikan wanita unik dan istimewa. Menjadi tanggungjawab anda meluruskan mereka. Dengan apa? Dgn harta, dgn kedudukan, dgn pangkat @ dgn nama? Semuanya itu mgkn selagi meniti di ats petunjuk ILAHI.

Didiklah wanita dgn panduan-NYA. Isteri bkn utk dizalimi, bkn jg untk diperhambai. Ibu bkn utk disia2 ttpi utk dihormati dan diagungkan, sesuai dgn jasa dan kedudukannya. Anak gadis utk dipelihara, dilindungi dan diberikan keselesaan hidup semampu anda. Mereka semua adalh teman utk perjuangan hidup anda.

Kenalkan mrka kpd ALLAH, zat yg kekal, di situlah suisnya utk menundukkan wanita. Maka utk memperkenalkan wanita kpd ALLAH, anda sendiri perlu lbh dahulu kenal dgn ALLAH. ALLAH adlh tmpt utk mengadu... Anda ambl seorg isteri ats kalimah ALLAH, dia adlh amanh utk anda pelihara dn jaga.

Jika akalnya setipis rambut, tebalkan dgn ilmu. Jika hatinya separuh kaca, kuatkan dgn iman. Jika perasaanya selembut sutera, hiasilah dgn akhlak dn ksh syg. Suburkanlah, kerana dr situlah mereka kan nmapk nilaian dn keadilan TUHAN. Bisikkan ke telinga mereka, kelembutan bkn suatu kelemahan.

Tanpa ilmu, iman, akhlak dan ksh sayang, mereka bukan sahaja tdk boleh diluruskan, bahkan mereka pula membengkokkan. Lebih ramai lelaki yg dirosakkan olh permpuan drp perempuan yg dirosakkan olh lelaki. Sebodoh2 permpuan pun boleh menundukkan sepandai2 lelaki. Di situlah hebatnya wanita yg perlu anda ketahui.

Itulah akibatnya bila wanita tdk mengenal TUHAN. Bila mereka derhaka dunia lelaki akan huru-hara. Bila tulang rusuk patah, rosaklah jantung, hati dan limpa.

WAHAI LELAKI!!!
Jangan hanya mengharap ketaatan tapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju ALLAH, pimpinlah diri sendiri dahulu. Jinakkan diri dgn ALLAH, nescaya akan jinaklah segala-galanya di bwh pimpinan anda.

::
Jangan bandingkan isteri anda dgn SITI FATIMAH, kalau anda belum seperti SAIDINA ALI. Bersamalah kita membangun sahsiah yg baik lagi padu dlm membina kehidupan dunia dan akhirat.......wassalam.




Ahad, 8 Februari 2009

>APABILA LELAKI RAPUH MEMIMPIN




Perkahwinan tdk perlu jika se2org tdk dpt mencari psgannya yg sesuai. Sesuai yg bermaksud mengikut ukuran agama lbh dr dunia.. Bersetujukah anda???

Dalam sebuah kajian, didapati majoriti b'pndpt Ketua @ Pemimpin keluarga adlh SUAMI. Lbh 80.8% responden wanita & 81.8% lelaki menyatakan demikian. Mengikut etnik pula 91.5% kaum Melayu, 83.4% kaum Cina & 72.8% kaum India bersetuju dgn pdpt dlm sesebuah perkahwinan, suami adlh ketua & isteri adlh pembantu. Wanita dikatakan hanya layak mjd ketua keluarga apbla tiada lelaki dewasa dlm se2buah keluarga.

Itu menunjukkan wanita dgn sukarela mengakui lelaki sbg ketua. Ini dipersetujui oleh semua etnik malah dgn gembiranya dipersetujui oleh majoriti lelaki. Sayangnya KITA (sy jg Wanita) mengetahui lelaki adlah pemimpin, jika rosak dia rosaklah orang2 yg dipimpinnya, rosaklah rumahtangga, rosaklah keluarga, tapi msh ramai yg mahu berkompromi memilih seorg lelaki yg rapuh pegangan agamanya...

Mengapa begitu Wahai WANITA?????


:: kalau sja kita mahu mengmbil iktibar dr kisah kehidupan di sekeliling kita, pasti dunia tdk lagi dipenuhi dgn sengketa, kemelut rumahtangga yg tiada berkesudahan....

:: tapi itulah Cinta..saat hati terpaut, berkenan, tiada lagi yg mampu mengalihkan rasa itu..... sy suka mengulang kata2 ini, "BerCintalah utk kegemilangan & kecemerlangan hidup bkn kedurjanaan & kehancuran..." Slmt berCINTA utk smua PENCINTA.. JAGA DIRI, HIASI PERIBADI:)

Ahad, 1 Februari 2009

RINDU LAGI?



Sejumlah hati yang kutemui
Tidaklah mereka seistimewa dirimu
Sejumlah kasih yang kumiliki
Tidaklah mereka sesetiamu
Justeru itu kukutuk diri ini
Lantaran tidak peduli
Tentang kehadiran sekeping hati
Yang sering kusakiti
Dan
Ketika simfoni merah melamar senja
Barulah aku sedari
Hadirnya menemaniku
Kini barulah aku mengerti
Sememangnya aku menyintainya
Dan ketika rindu merantai masa
Aku keRINDUan...




Sabtu, 31 Januari 2009

Antara LELAKI dan WANITA



Kebanyakan LELAKI membaca lebih lama drp WANITA, tetapi wanita membaca 2x ganda lbh byk membaca drp lelaki!


Lebih dr 2x ganda WANITA hidup sendiri berbanding LELAKI setelah berusia 65 tahun.


Kira2 48% LELAKI berdengkur ketika tidur, dan WANITA pula hanya 22% sahaja.


Kebanyakan WANITA mengambil masa kira2 153 saat berada di bilik air, dan LELAKI pula hanya 113 saat sahaja.


Hubungan keluarga yg baik meninggikan kualiti hidup : 62% WANITA, 49% LELAKI.


Secara umum hidung LELAKI lbh besar drp WANITA. Sementara itu kebanyakan WANITA pula mempunyai bibir lebih besar berbanding LELAKI.


Tahap pendengaran LELAKI menurun ketika berusia 32 tahun dan WANITA pula di usia 37 tahun.


Lebih dr 55% WANITA memeriksakan giginya secara rutin berbanding 40% LELAKI.


Jumaat, 30 Januari 2009

ASTROLOGI CINA

Sempena tahun baru cina nie, jom kita kongsi sdkt astrologi cina tntg tahun kelahiran..sekadar berkongsi shj, nk percaya @pn tak, terpulang pd hati dn fkrn msg2... Okaaayyyyyy...............


Tahun Anjing

(1922, 1934, 1946, 1958, 1970, 1982, 1994, 2006)

*sifat positif-mempunyai hubungan yg rapat dgn masyarakat sekeliling. kamu seorg yg setia, jujur dan menjadi sumber inspirasi kpd org lain. Kamu jg blh dipercayai apbla diserahkan amanh dn jg bijak menyimpan rahsia. Dari segi kewangan, mmg kamu tdk pernah mewah ttpi tdk pula putus belanja.
*sifat negatif- kamu degil, mementingkan diri sendiri dan terlalu mementingkan kesempurnaan. Awas!! kamu memang laser orgnya, skali kmu mberi komen @ kritikan pasti akn mbt org lain kcl ati!

Tahun Tikus
(1924, 1936, 1948, 1960, 1972, 1984, 1996, 2008)

*trknl dgn sifat penggoda. Daya imaginasi kamu tinggi,baik hati dan mmpunyai gaya yg menawan. Tetapi awas! kamu mudah marah dan kadg-kala apbl diminta mengkritik, Over la pulak. Kamu amt berkira soal kewangan dan sekiranya mmpunyai peluang mengenai sstu yg bagus, pst kamu tdk akan melepaskannya. Memang kamu bijak mengambil kesempatan. Wah! kamu mmg suka bergosip!

Tahun Lembu
(1925, 1937, 1949, 1961, 1973, 1985, 1997, 2009)

*kamu mmg penyabar orgnya dan selalu mjdi inspirasi kpd teman2 krna keyakinan kamu dlm hidup. Namun biarpun pnyabar, kesabaran jg ada hadnya krna kamu mudah marah sekiranya sstu perkara tdk mengikut selera kamu. Namun kdg2 kelakuan kamu aneh & menimbulkan tanda-tanya pula kpd org sekeliling. Dari segi mengikut peraturan, kamu mmg konservatif. Jangan tdk tahu, penaung tahun lembu mmg bijak mbuat kerja yg mgunakan kemahiran jari & tangan.

Tahun Harimau
(1926, 1938, 1950,1962,1974, 1986, 1998, 2010)

*sensitifnya si harimau, emosional & jg mpunyai jiwa yg penuh dgn ksh syg. Tetapi kamu mmg degil & selalu ingin melakukan sesuatu mengikut cara kamu. Biarpun nmpk garang, namun marah kamu sekejap shj. Kamu lemah dr segi membuat keputusan @ pilihan. Mmg kamu sukar utk memilih @ memutuskan sstu keputusan shgga menimbulkan masalah kemudian hari.

Tahun Arnab
(1927, 1939, 1951, 1963, 1975, 1987, 1999, 2011)

*kamu bercita2 tinggi,baik & mpunyai sifat lemah-lembut yg lazimnya mjdkan org sekeliling senang dgn kehadiran kamu..Namun kdg-kala kamu mjd terlalu sentimental shgga merimaskan org lain. Dlm soal kehidupan, kamu mmg berhati2 dan agk konservatif. Sikap bijak meramal & suka bermain dgn nombor menjadikan kamu berjaya sbg ahli perniagaan.

Tahun Naga
(1916, 1928, 1940, 1952, 1964, 1976, 1988, 2000)

*bertenaga! itulah yg blh digmbrkan tntg kamu yg bernaung di bwh tahun naga. Sft semulajadi si naga yg mmg selalu nmppk berazam & sering berkeyakinan mengenai dirinya mjdkan si penaungnya popular di klgn teman2. Kamu mmg dikurniakan dgn bakat smlajd, bijak & sukakan kesempurnaan. Kdg-kala sft degil & bermulut celupar blh mbawa mslh kpd kamu.

Tahun Ular
(1917, 1929, 1941, 1953, 1965,1977, 1989, 2001)

*kamu pendiam & hanya bercakap apbla perlu. Mementingkan diri sendiri & kedekut namun apbla berhdpn dgn teman @ ahli keluarga yg memerlukan bantuan, kamu akn membantu dgn sepenuh hati. Hidup kamu berlandaskan falsafah, mpunyai daya penarik & romantis. Org sekeliling senang dgn kamu krna kamu bijak berjenaka & sering mpunyai pandangan mengenai kehidupan yg mberi inspirasi thdp org lain.

Tahun Kuda
(1918, 1930, 1942, 1954, 1966, 1978, 1990, 2002, 2014)

* kamu mmg ceria & popular di sekolah/kolej/tmpt kerja. Kapasiti utk bekerja kuat mmg mengagumkan, malahan kamu berdikari & blh melakukan tugas sukar seorg diri. Selain drp bijak & peramah, kamu ttp mpunyai skp mementingkan diri & egoistik. Ini kerana kamu terlalu yakin dgn kemampuan diri & tdk menghargai bantuan org lain.

Tahun Kambing
(1919, 1931, 1943, 1955, 1967, 1979, 1991, 2003, 2015)

* Penaung tahun kambing selalu dikaitkan dgn kebijaksanaan & seni. Mrka lazimnya pemalu, pesimistik & kdg-kala kabur mengenai keputusan masa depan. Terkenal dgn gaya elegan, mpunyai citarasa seni yg baik namun selalu mjd org pertama utk mengkritik org lain. Kamu mmg suka mengkritik & sentiasa nmpk kesilapan org lain. Tolong buang skp materialistik kamu!

Tahun Monyet
(1920, 1932, 1944, 1956, 1968, 1980, 1992, 2004, 2016)

* mereka dipanggil si genius. Ini krna si penaung thn monyet mmg inovatif & sering mahu tampil dgn imej sendiri. Juga blh membantu menyelesaikan masalah biarpun berada dlm keadaan tertekan. Kebijaksanaan kamu mmg tdk blh disangkal lagi & bijak bergaul dgn org lain. Kamu mmg popular di klgn teman2. Namun kamu harus buang skp suka mengambil kesempatan & tdk blh dipercayai itu...

Tahun Ayam
(1921, 1933, 1945, 1957, 1969, 1981, 1993, 2005, 2017)

* kamu mmg seorang pemikir kritis & begitu berbakat dlm bidang yg kamu ceburi. Kamu sukakan kesibukan & kurang gemar membuang masa. Sekiranya kamu sdg melakukan sstu, lazimnya kamu akn melaksanakanya shgga selesai & penuh komitmen. Kdg-kala kamu dikatakan mpunyai kelakuan aneh mgkn krna kamu gemar berfikir. Kurangkan berangan & jgn terlalu ekstrem dgn keupayaan diri kamu.

Tahun Khinzir
(1923, 1935, 1947, 1959, 1971, 1983, 1995, 2007, 2019)

* apabila mrka melakukan sesuatu, si penaung tahun khinzir akn melakukannya dgn sepenuh hati. Sikap jujur, setia & toleransi terhdp org sekeliling mjdkan kamu begitu disayangi. Namun biarpun disyangi ramai org, kamu mmg tdk mpunyai ramai kawan, namun apbla berkawan rapat mrka akn kekal begitu shgga akhir hayat. Kamu jg berupaya menyelesaikan tugasan rumit & berbakat di dlm bidang yg kamu ceburi.