Ahad, 11 Oktober 2009

SALING MEMOTIVASI & DIMOTIVASI

Motivasi amat diperlukan dalam hidup. Nisbahnya spt makanan ruji. Kalau nasi perlu diambil setiap hari utk memastikan stp bhgian tubuh mendapat tenaga yg diperlukan utk ia berfungsi cemerlang, minda, hati dan perasaan jg perlu diberi makan dan rangsangan. Makanan dan rangsangannya tdk lain- motivasi.

Jika ada org mendakwa dia tdk perlukan motivasi krna sudah mencapai semua yg diingininya dalam hidup, dia sbnrnya sdg terperangkap dlm definisi motivasi yg sempit dan jumud.

Kalau motivasi diibaratkan nasi, ia sentiasa blh dipelbagaikan resepinya selain yg biasa kita tahu – nasi goreng, nasi lemak, nasi paprik, nasi minyak, nasi beriani, nasi kepal. Motivasi juga blh dipersembahkan dgn acuan2 yg berbeza hingga menyelerakan tekak orang yg langsung tdk berminat dgnnya.

Hakikatnya tiada siapa yg tahu semua perkara. Pandai tang ini bodoh tang itu. Pandai tang itu bodoh tang ini. Motivasi adalh pemudah cara utk memahami byk benda dalam hidup ini, baik yg berada di luar dan dapat dilihat dlm bentuk benda, juga yg berada dan tersembunyi jauh di dalam. Yang tersembunyi di dalam inilah yg sukarnya. Lantaran ia sukar dikenali dan biasanya tdk disedari oleh tuan punya diri.

Selamat bermotivasi utk kecemerlangan hidup…

Ahad, 27 September 2009

MELANKOLIK


Setiap hari yang berlalu,

Ada kisah yang tertinggal.

Ada yang dapat dicoret dengan senyum.

Ada yang dapat dikisah dengan kata.

Ada yang cuma tinggal terkapai tanpa ungkapan...


Ombak...
Bawalah pergi denganmu
Pahit kedukaan
Perjalanan hidup ini
Hanyut biar tenggelam
Biar jauh ke dasaran
Tak mahu lagi menoleh
Biar sedetik

Pantai
Jangan sedih lagi
Aku kan temani hatimu
Biar sepi di pinggiran
Malam kan tiba
Bawa bintang menghias
Angin kan sampai
Hiburkan sunyimu

Ombak… aku rela
Walau pantaiku sendiri lagi…


Jumaat, 25 September 2009

KENAPA KITA MENUTUP MATA KETIKA TIDUR?


Kenapa kita menutup mata ketika kita tidur?

ketika kita menangis?

ketika kita membayangkan?


Ini kerana hal terindah di dunia TIDAK TERLIHAT…kita semua agak aneh…dan hidup sendiri juga agak aneh… dan ketika kita menemukan seseorang yang dinamakan CINTA.. ada hal-hal yang tidak ingin kita lepaskan.. orang2 yang tidak ingin kita tinggalkan… tapi ingatlah, melepaskan bukan akhir dari dunia, melainkan awal suatu kehidupan baru…


Kebahagiaan ada untuk mereka yang menangis, mereka yang tersakiti, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Kerana merekalah yang bisa menghargai betapa pentingnya orang yang telah menyentuh kehidupan mereka.


CINTA YANG AGUNG?

Adalah ketika kamu menitiskan air mata dan MASIH peduli terhadapnya. Adalah ketika dia tidak mempedulikanmu dan kamu MASIH menunggunya dengan setia…adalah ketika dia mulai mencintai orang lain dan kamu MASIH bisa tersenyum sambil berkata ‘aku turut berbahagia untukmu’.


Apabila cinta tidak berhasil, bebaskan dirimu…. Biarkan hatimu kembali melebarkan sayapnya dan terbang ke alam bebas lagi. Ingatlah, bahawa kamu mungkin menemukan cinta dan kehilangannya. Tapi ketika cinta itu mati, kamu tidak perlu mati bersamanya…


Orang terkuat bukan mereka yang selalu menang, melainkan mereka yang tetap tegar ketika mereka jatuh. Entah bagaimana, dalam perjalanan kehidupan, kamu belajar tentang dirimu sendiri…dan menyedari bahawa penyesalan tidak seharusnya ada. Hanyalah penghargaan abadi atas pilihan2 kehidupan yang telah kau buat.


TEMAN SEJATI?

Mengerti ketika kamu berkata ‘aku lupa’…menunggu selamanya ketika kamu berkata ‘tunggu sebentar’…tetap tinggal ketika kamu berkata ‘tinggalkan aku sendiri’…membuka pintu meski kamu belum mengetuk dan berkata ‘bolehkah aku masuk?’


MENCINTAI….

bukanlah bagaimana kamu melupakan, melainkan bagaimana kamu memaafkan….

bukanlah bagaimana kamu mendengarkan, melainkan bagaimana kamu mengerti….

bukanlah apa yang kamu lihat, melainkan apa yang kamu rasakan….

bukanlah bagaimana kamu melepaskan, melainkan bagaimana kamu bertahan…


Lebih berbahaya mencucurkan airmata dalam hati, dibandingkan menangis tersedu2. Airmata yang keluar dapat dihapus, sementara airmata yang tersembunyi menggoreskan luka yang tidak akan pernah hilang.


Dalam urusan cinta, kita sangat jarang menang…tapi ketika cinta itu tulus, meskipun kalah, kamu tetap menang hanya kerana kamu berbahagia dapat mencintai seseorang…lebih dari kamu mencintai diri sendiri.


Akan tiba saatnya di mana kamu harus berhenti mencintai seseorang. Bukan kerana orang itu berhenti mencintai kita, melainkan kerana kita menyedari bahawa orang itu akan lebih bahagia apabila kita melepaskanya.


Apabila kamu benar2 mencintai seseorang, jangan lepaskan dia..jangan percaya bahawa melepaskan selalu bererti kamu benar2 mencintai, melainkan berjuanglah demi cintamu….itulah cinta sejati!


Lebih baik menunggu orang yang kamu inginkan daripada berjalan bersama orang yang tersedia. Lebih baik menunggu orang yang kamu cintai daripada orang yang berada di sekelilingmu. Lebih baik menunggu orang yang tepat kerana hidup ini terlalu singkat untuk dibuang hanya dengan seseorang yang tdk bermakna untukmu.


Kadang kala, orang yang kamu cintai adalah orang yang paling menyakiti hatimu dan kadang kala teman yang menbawamu ke dalam pelukannya dan menangis bersamamu adalah cinta yang tidak kamu sedari.


And now find Your love……………



Khamis, 27 Ogos 2009

AYAH KAU PESAN...


Semalam aku jumpa ayah kau
Dia ingat lagi kat kau tapi kau ingat ke kat dia???
Dia nampak macam risau je…


Aku tanya kenapa nampak macam risau je??
Dia jawab “Pak Cik teringin nak jumpa anak pak cik”..
Dia cakap kalau dia tak sempat nak jumpa dengan kau
Dia ada tingalkan pesan..


AYAH KAU PESAN..
Jangan kau lupa pada Tuhan
Takut nanti Tuhan pula lupa pada kau.


AYAH KAU PESAN..
Bila berkawan jangan berperang
Takut nanti kalau sakit, takde kawan yang hendak datang.


AYAH KAU PESAN..
Kalau kau sesat, janganlah malu hendak bertanya orang
Supaya kau boleh nampak jalan pulang.


AYAH KAU PESAN..
Bila dah senang nanti, jangan kau lupa pada ibu bapa
Takut nanti kau jadi macam TANGGANG anak DERHAKA!!


AYAH KAU PESAN..
Jangan lupa segala pesan
Sebab tak ada apa yang dia hendak bekal
Kerana dia sudah pergi ke BATU NISAN!!!


“Sayangi dan hormatilah bapa,ayah,abah,abi,babah,daddy,dad dan segala apa yang anda panggil seorang insan yang bergelar bapa dan suami sementara mereka masih hidup.Kerana merekalah insan yang telah membesarkan kita,memberi kita makan,memberi kita minum dan melayan karenah kita ketika kita masih kecil.

***secebis ingatan utk kita semua yg bergelar anak...

Ahad, 23 Ogos 2009

SEJENAK...

Salam Ramadhan...

xtau nak coret apa sbnrnya, yg pasti saat ini hati bgi tersiat, pilu, pedih...

ingin rsanya menjauh dr segalanya tp byk perkara menghambat,

membuat aku tetap terikat pd bumi yg sdg kupijak.

sakit, ya mmg sakit...

Ramadhan ini disambut dgn pnh kepiluan yg bnr2 menggigit tangkai hati...

Ayah kmbli ke Rahmatullah di saat smua org sibuk menyiapkan persiapan smbt puasa.

Ayah da xda...

Ayah da pergi tinggalkan kami..

Aku, adik2, mak..

Smbt puasa tnpa Ayah rasa sepi sekali..

tiada lagi teriakan Ayah di hening pagi,

mengejutkan kami utk bersahur...

sepi....

bnr2 sepi.

Ahad, 9 Ogos 2009

HATIMU UNTUK SIAPA

Kepada siapa hatimu harus diberikan, memerlukan satu jawapan jujur, tulus lahir dari lubuk jiwamu. Sama ada kita sudah mempunyai pasangan atau tidak, apakah hati masih milik kita atau telah kita berikan kepada insan lain. Untuk siapa hatimu, jawablah dengan senada, tanpa teragak2.

Untuk mencapai kecemerlangan kita memerlukan hati yg bulat, begitu juga utk bahagia kita memerlukan hati yg satu, sama ada telah kita berikan kepada seseorang atau masih kita simpan sendiri.

Biar kepada siapa hati itu telah diberikan, pastikan pemberian itu ikhlas sebab pulangannya serupa. Jika anda memberikan hati separuh2, anda akan mendapat separuh; jika anda memberikan kesemuanya, anda akan mendapat kesemuanya semula.

Cinta yg tulus mmg memerlukan pengorbanan. Salah satu pengorbanan yg perlu dilakukan ialah memberikan hati. Berikanlah keseluruhan hati anda terhadap org yg anda cintai itu, jgn simpan2 lagi. Tak usah reserve utk org lain, nanti anda jg mendapat sebhgian sj hatinya.

Jujurlah dgn hati sebab kebahagiaan kita letaknya di situ. Hati yg tdk tenang bermula drp hati yg dicebis2kan utk diberikan kpd ramai org, yg sebenarnya tdk berhak terhadapnya.

Hatimu untuk siapa? Sebenarnya satu pertanyaan yg perlu ditanyakan oleh setiap org terhadap dirinya sendiri. Benarkah hatinya telah diberikan sepenuhnya utk orang yg berhak atau berkecai dan kini berada di dalam diri ramai orang yg tdk sepatutnya menerima?

Setiap kita memerlukan jawapan jujur sbb kedudukan hati kta hanya kita yg tahu keadaan dan statusnya. Jujurlah dlm memberikan jawapan. Kejujuran anda mmg bermula drp hati yg betul. Jika anda telah mencemamaikan hati dan selalu tdk berlaku jujur terhadapnya, anda sukar memberikan jawapan setulusnya.

Hatimu untuk siapa? Sama ada anda merelakan ia berpindah ke insan lain atau anda simpan sendiri, itu hak anda yg tiada siapa dapat mempertikaikannya. Namun sekiranya hati itu hendak diberikan kpd seseorang, biarlah seseorang itu insan yg betul kerana jika insan yg salah menerimanya, anda akan terus bersalah.

Fikir, renung dan tengok.

Isnin, 3 Ogos 2009

EMPAT GLGN LELAKI YG DITARIK OLEH WANITA KE NERAKA

Pertama:- Ayahnya

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.. tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

Kedua:- Suaminya

Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri.. walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Ketiga:- Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepala abang-abangnya.. jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM.. tunggulah tarikan adiknya di akhirat.


Keempat:- Anak Lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak.. nantikan tarikan ibunya.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat...maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidak silap firman ALLAH S.W.T.:-

"Hai anak adam peliharakanlah diri kamu serta ahli keluarga kamu dari api neraka, di mana bahan pembakarnya ialah manusia dan batu-batu.."

Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda... kasihankanlah mereka dan diri kamu sendiri.. jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan ikhlas...

p/s: untuk renungan bersama...saya, anda, dan yang mahu mengerti dan ambil tahu.......