Ahad, 11 Oktober 2009

SALING MEMOTIVASI & DIMOTIVASI

Motivasi amat diperlukan dalam hidup. Nisbahnya spt makanan ruji. Kalau nasi perlu diambil setiap hari utk memastikan stp bhgian tubuh mendapat tenaga yg diperlukan utk ia berfungsi cemerlang, minda, hati dan perasaan jg perlu diberi makan dan rangsangan. Makanan dan rangsangannya tdk lain- motivasi.

Jika ada org mendakwa dia tdk perlukan motivasi krna sudah mencapai semua yg diingininya dalam hidup, dia sbnrnya sdg terperangkap dlm definisi motivasi yg sempit dan jumud.

Kalau motivasi diibaratkan nasi, ia sentiasa blh dipelbagaikan resepinya selain yg biasa kita tahu – nasi goreng, nasi lemak, nasi paprik, nasi minyak, nasi beriani, nasi kepal. Motivasi juga blh dipersembahkan dgn acuan2 yg berbeza hingga menyelerakan tekak orang yg langsung tdk berminat dgnnya.

Hakikatnya tiada siapa yg tahu semua perkara. Pandai tang ini bodoh tang itu. Pandai tang itu bodoh tang ini. Motivasi adalh pemudah cara utk memahami byk benda dalam hidup ini, baik yg berada di luar dan dapat dilihat dlm bentuk benda, juga yg berada dan tersembunyi jauh di dalam. Yang tersembunyi di dalam inilah yg sukarnya. Lantaran ia sukar dikenali dan biasanya tdk disedari oleh tuan punya diri.

Selamat bermotivasi utk kecemerlangan hidup…

1 ulasan:

- jinggo - berkata...

motivasi
bermadsud - pendorong + tindakan..
bagaimana nak bertindak tanpa dorongan ( keinginan )

Catat Ulasan