Isnin, 16 Februari 2009

>IMPIAN YANG TERCURI




Saya ingin berkongsi sdkt kisah tntg seorg gadis yang bercita2 ingin menjadi ballerina terkenal. Si gadis tdk sabar2 utk mengejar impiannya dan pada suatu hari datang pencari bakat ke bandar tempat tinggalnya. Si gadis menunjukkan persembahannya dgn penuh semangat tetapi si pencari bakat berkata bahawa gadis tersebut tiada potensi untuk berjaya. Gadis tersebut tersangat kecewa dan hilang keyakinan diri.

Lalu dia berkahwin , mendapat anak dan hanya menjadi suri rumah sepenuh masa. Beberapa tahun kemudian, pencari bakat datang semula ke bandar tersebut dan wanita tadi turut menonton persembahan yang dibawanya.

Wanita tersebut berkesempatan berjumpa perncari bakat yang pernah menghakiminya dan tiba2 teringat untuk bertanya tentang kegagalannya. Kata pencari bakat tersebut dia bukannya melihat sangat ketika wanita itu membuat persembahan dahulu. Wanita tersebut menjadi marah dan menyalahkan si pencari bakat kerana kegagalannya untuk menjadi ballerina terkenal.

Kata si pencari bakat
" Anda tdk mungkin menjadi ballerina terkenal kerana orang yg berjaya, apabila dia mempunyai keazaman dia akan terus berusaha tanpa menghiraukan apa yg orang kata. Dia tdk akan membiarkan impiannya dicuri orang".

Mari kita analisa diri kita secara jujur, di mana kita.

Apakah kita turut membiarkan keyakinan diri goyah dan menamatkan impian kita hanya kerana pandangan orang serta perbuatan org terhadap kita?

Apakah kita juga spt gadis itu yg bercita2 menjadi ballerina terkenal tetapi membiarkan impian kita dicuri orang?

Fikirkan dan buatlah sesuatu jika benar kita begitu...



1 ulasan:

- jinggo - berkata...

jadilah diri sendiri - sebab saya yakin diantara keinginan dan harapan adalah dua perkara yg berbeza....
orang yg ada harapan sekadar berharap.
orang yg ada keinginan + komitmen + dsiplin......dihujungnya adalah tindakan.

kejayaan + impian adalah milik semua orang.nak mencapai itu skill diperlukan...
betul tak cik hani...

saya - tidak akan berkompromi dengan kegagalan....

Catat Ulasan